“Alhamdulillah Majlis Ini Sangat Istimewa,” – Ayda Jebat Sebak, Bakal Timang Anak Lelaki

Share

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang kini hamil enam bulan mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki.

Berita gembira itu dikongsikan pasangan selebriti itu menerusi pelancaran klip video dan lagu terbaharunya, Be Mine.

“Alhamdulillah majlis ini sangat istimewa kerana saya dan Nabil meraikan tiga perkara penting dalam hidup dan kerjaya.

“Pertamanya ialah hari jadi puteri sulung kami, Ana Nayla yang kini berusia 2 tahun. Kedua, pelancaran lagu dan klip video terbaharu saya berjudul Be Mine.

“Paling istimewa kami sama-sama meraikan berita gembira yang mana kami bakal sambut cahaya mata lelaki.

“Memang kami sudah lama rancang majlis pada hari ini memandangkan lagu Be Mine ini pun sudah tiga tahun disiapkan.

“Jadi ini adalah hari yang paling sesuai untuk dilancarkan lebih-lebih lagi ia dekat dengan tarikh hari jadi Ana Nayla juga,” katanya.

Ayda berkata demikian di majlis Pelancaran Muzik Video Be Mine & Gender Reveal anak keduanya di Zebra Square, Kuala Lumpur, hari ini.

Ayda dan Nabil dilihat sebak sejurus memaklumkan perkara itu sambil diraikan ahli keluarga, rakan terdekat dan media.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran Ana pada 21 September 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sin

i

Published by
MH