Setiap insan sudah pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman namun bukan mudah untuk memilikinya.
Pelakon Nadzmi Adhwa telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi Nadzmi, dia telah berjaya membeli rumah impian ketika dia sudah berusia 26 tahun.
“Alhamdulillah. Mak dan Abah terima kasih sentiasa doakan AngahSalah satu impian saya nak memiliki landed house tercapaiHaritu teman @ardellaryana je beli rumahharini saya pulakWeh kita berjiran weh ! Syukur . Pasni kita jiran taman sebelah boleh la kau masakkan untuk aku
Ads
“Maklum lah singleBila kita nak double? Hehe. Thankyou banyak bantu aku from nothing to a little something. Dari kita susah ada 3 ringgit je nak makan. Orang tak panggil berlakon dan macam macam la dugaan.
“Thanks @ardellaryanaKita tak kaya , kita biasa biasa je 🙏🏻We grew together Insyaallah ! @alwadelhijab @alwadeltailor@imsohotbae @yourmouthwantme@adellroutine_hq,” tulisnya.
Mengambil inspirasi program realiti popular Amerika Syarikat, Shark Tank, Pertubuhan A Diversity and Inclusion Movement by The Youth (DIYC) menawarkan wang tunai RM32,000 kepada rangka pelan perniagaan terbaik yang dihasilkan oleh peserta berkumpulan.
Kumpulan peserta bakal diadili barisan juri terdiri daripada pasangan selebriti, Nazril Idrus dan isteri, Sazzy Falak serta Ninie Chong.
Diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia, Persatuan Seniman, Pertubuhan Aspirasi Karisma, UniKL dan Next Gen Malaysia (CILT) serta rakan strategik Beliaarisma Jauhar, Businesses Plan Challenge adalah pertandingan yang dibuka kepada bakal graduan institut pengajian tinggi awam dan swasta, Kolej Mara dan Vokasional selain belia berdaftar di bawah NGO.
Pengarah Program 1 DIYC Movement, Rehhahn Tudball berkata, pihaknya mencari kumpulan terbaik dalam merangka strategi serta mampu tampil dengan pelan perniagaan berpotensi tinggi untuk diperkembangkan.
“Melihat potensi anak muda terutama dalam kalangan penuntut universiti dan kolej tempatan yang mempunyai daya inovasi serta bersemangat untuk bersaing, kami yakin misi ini akan berjaya.
“DIYC Movement secara kolektif percaya ramai peserta sedia merebut peluang untuk tampil dengan pelan perniagaan jitu yang melayakkan mereka membawa pulang ganjaran wang tunai.
“Diharap mereka yang berminat terus mengisi borang penyertaan segera memandangkan hanya 30 kumpulan bakal ke pentas akhir,” katanya.
Mengenai syarat penyertaan, Tudball berkata, selain dibuka kepada penuntut IPT dan belia NGO dengan setiap kumpulan mempunyai empat peserta, mereka juga dimestikan berusia 30 tahun ke bawah.
Sebanyak 30 kumpulan bakal bertarung di peringkat akhir yang berlangsung di Hotel Sunway, Iskandar Puteri Johor pada 13 dan 14 Mac depan.
Acara kemuncak yang dikendalikan Izzue Islam dan Sazzy itu juga akan dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Ratu Rock Ella.
Hadiah pertama membabitkan kategori IPTA dan IPTS layak membawa pulang RM15,000 manakala naib juara menerima RM10,000 dan pemenang ketiga meraih wang tunai RM5,000.
Dua lagi pemenang hadiah sagu hati tidak pulang dengan tangan kosong apabila bakal diberikan ganjaran sebanyak RM1,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil, Izreen Azminda memaklumkan dirinya tidak meninggalkan dunia lakonan secara total.
Ini kerana, ibu kepada dua cahaya mata ini masih lagi menerima tawaran lakonan cuma tidak mampu memberikan komitmen terhadap drama yang terlalu panjang episodnya atas sebab tertentu.
Pada masa sama, Izreen atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam turut meluahkan rasa rindu untuk kembali ke set penggambaran.
“Saya tidak tinggalkan karier lakonan dan saya masih menerima tawaran lakonan cuma saya tidak boleh komited kepada drama episod yang terlalu panjang.
“Suami tidak benarkan memandangkan anak kami masih kecil. Malah saya selesa untuk jaga dan membesarkan anak-anak sendiri.
“Akan tapi tidak dinafikan, kadang saya merindu untuk kembali berlakon. Sudah hampir 12 tahun dalam bidang ini, mestilah ada rasa rindu.
“Apa pun, situasi kini mungkin sedikit berubah kerana kembali berkeluarga dan punya cahaya mata.
“Bagaimanapun, jika ada tawaran yang sesuai dan kena pada masanya, mengapa tidak?,” katanya kepada MH.
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.
Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu perkongsian di Instagram Yasin Sulaiman yang dikendali oleh ahli keluarga anggota kumpulan Brothers itu mencuri perhatian netizen.
Menerusi entri tersebut, sebuah lagu berjudul Tangisan Malaikat difahamkan telah dicipta khas untuk anak perempuan Yasin, Malaika.
“Lagu ini terhasil rentetan daripada tangisan Malaika sebaik sahaja mendengar suara ayahnya buat pertama kali di telefon selepas dia ditahan,” kapsyen yang tertulis pada hantaran tersebut.
Antara bait lirik Tangisan Malaikat itu menyatakan, Yasin meminta maaf pada anaknya kerana menghilang.
Lagu itu turut memberi bayangan bahawa Yasin dikhianati seseorang yang dikenali disebabkan melakukan kesilapan.
Pun begitu, penyanyi Mimpi Laila itu tidak menjelaskan menjelaskan secara terperinci siapa individu yang dimaksudkannya itu.
Turut dikongsikan adalah kredit hasil ciptaan lagu tersebut yang melodinya tertera nama Yasin dan Jo Tan.
Terdahulu, Yasin didakwa di Mahkamah Majistret pada 31 Mac lalu atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara, Selangor.
Yasin, 47, juga didakwa atas pertuduhan menanam 17 pokok yang dipercayai ganja.
Sebutan semula kes ini dijadualkan berlangsung pada 6 Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Yasin Sulaiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert minggu pertama One In A Million (OIAM) yang bersiaran secara langsung dari Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad menyaksikan saingan daripada 20 peserta terbaik.