Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan telah pun menyambut ulang tahun kelahiran ibu tercinta, Zabedah Saad baru-baru ini.
Diraikan bersama ahli keluarga lain dalam suasana yang cukup meriah, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta turut berkongsi beberapa foto sekitar sambutan di Instagram miliknya.
Sambil menitipkan ucapan, pelakon Kiah Pekasam ini turut bersyukur kerana si ibu masih lagi kuat meski sudah mencecah usia 67 tahun.
“Happy Birthday to my beautiful mom. 67 yrs old ! 7 org anak, 21 cucu.
“Tp Alhamdulillah mak still sihat , kuat dan bertenaga,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat turut memberikan ucpaan selain mendoakan kesejahteraan ibu pelakon jelita itu.
Dalam perkembangan lain, Che Ta kini sibuk di lokasi drama bersiri 26 episod, Juliet yang bakal bersiaran di RTM, September depan.
Foto: Instagram Rozita Che Wan