Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali ada memuat naik foto terkininya bersama isteri, Siti Zulaikha dan anak perempuannya, Ameena Sofia yang memperlihatkan mereka sedang menunaikan solat jemaah di masjid.
Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd. Hafizudin Alimudin, dia amat teruja kerana ini merupakan kali pertama dia mereka meraikan malam Jumaat sebagai pasangan suami isteri.
“Alhamdulillah. Malam Jumaat pertama kami. Kakak tak join sebab ada masalah perempuan,” tulisnya di Instagram.
Sementara itu, menerusi sebuah lagi hantaran di platform sama, Fizi turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahu kelahiran isterinya yang ke-30.
Dalam nukilannya itu, Fizi berterima kapada Zulaikha kerana telah mengembalikan keceriaan di dalam hidupnya.
“Happy birthday sayang. Terima kasih untuk semuanya. Kebahagiaan yang awak bagi pada saya dan anak-anak.
“Saya ingat satu janji awak, awak akan buat saya tersenyum balik dan ya alhamdulillah senyuman tu datang balik bila awak datang dalam hidup saya.
“Terlampau banyak nak saya katakan tapi saya tak pandai menulis cuma satu sahaja, terima kasih menjadi bidadari saya. Selamat ulang tahun. Maaf tak ada celebrate apa-apa.
“Sayang awak. Insyallah kita akan tempuh semua sama-sama. Saya sayang awak,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Fizi sekeluarga dikurniakan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
“Semoga menjadi pemimpin yang baik buat isteri dan anak-anak.
“Muka sama. Semoga jodoh berpanjangan sampai ke jannah.
“MasyaAllah, semoga Allah jaga keluarga ini. InsyaAllah.
“Moga Allah berikan kamu kebahagiaan bersama keluarga.
“Alhamdulillah. Suka tengok. Semoga berkekalan hingga ke jannah,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Fizi dan Zulaikha telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Oktober lalu menerusi satu majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat.
Sebelum perkahwinan dengan Zulaikha, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 sebelum memutuskan untuk bercerai pada Disember 2021
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia yang kini sudah berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizi Ali & Siti Zulaikha