Menggalas tanggungjawab sebagai antara wajah wakilan jenama tudung Ariani, pelakon dan pengacara, Datin Lisa Surihani Mohamad, 36, menyifatkan tawaran yang diterima adalah satu amanah yang besar.

Syukur nikmat atas kepercayaan dan rezeki, ibu kepada tiga cahaya mata ini sebolehnya mahu menggalas kepercayaan dengan sebaik mungkin.

“Kita semua tahu jenama ini sudah sinonim dan dikenali ramai. Bertahun-tahun mereka membina nama. Malah ramai juga yang ‘super excited’ bila mana House of Ariani dilancarkan.

“Apa pun saya di bawah pihak pengurusan dan setiap tawaran atau projek pastinya akan melalui mereka. Kata orang kalau kalau ijab, mesti ada kabulnya. Cuma saya sebagai ‘talent’ berdoa dan berserah kepada Allah harapnya kerja ini dipermudah.

“Alhamdulillah meski prosesnya bukan dipersetujui dalam satu malam, namun apa yang diterima ini adalah yang terbaik, berjalan lancar.

“Terharu bila pengalaman saya bersama ‘Ariani Sisters’ pun baik dan positif. Saya sangat-sangat bersyukur,” katanya ditemui pada pertunjukan fesyen Ariani Layar Raya 2023, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman, Lisa juga menganggap peluang bekerjasama dengan jenama itu menyeronokkan.

Ads

“Alhamdulillah Meski Prosesnya Bukan Dipersetujui Dalam Satu Malam, Namun…,” – Datin Lisa Surihani

“Alhamdulillah Meski Prosesnya Bukan Dipersetujui Dalam Satu Malam, Namun…,” – Datin Lisa Surihani

“Alhamdulillah Meski Prosesnya Bukan Dipersetujui Dalam Satu Malam, Namun…,” – Datin Lisa Surihani

“Sebenarnya pada peringkat awal gak kekok bila kali pertama menggayakan tudung di hadapan lensa kamera. Alhamdulillah, kami ada pasukan yang hebat. Mereka banyak membimbing saya menjayakan sesi fotografi,” katanya lagi.

Ads

Sementara itu, Ariani kembali dengan membawakan koleksi Ariani Layar Raya 2023 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna-warna menarik untuk digayakan di musim lebaran ini.

Pertunjukan koleksinya yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre itu menampilkan lebih 101 rekaan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab.

Ads

Menurut Datin Farah Haryani, Ariani turut mencipta sejarah baru dengan pembukaan House of ARIANI (HOA) sekaligus menempatkan kesemua koleksi di bawah satu bumbung.

Buat julung kalinya juga, Ariani turut menampilkan kelainan dengan melancarkan subbrand baru khas kepada kaum adam, iaitu ARYAN. Koleksi tersebut memperlihatkan seleksi pakaian seperti baju melayu sedondon dan kurta yang sesuai dengan perwatakan lelaki yang sukakan imej ringkas dan selesa.

“Alhamdulillah Meski Prosesnya Bukan Dipersetujui Dalam Satu Malam, Namun…,” – Datin Lisa Surihani “Alhamdulillah Meski Prosesnya Bukan Dipersetujui Dalam Satu Malam, Namun…,” – Datin Lisa Surihani“Alhamdulillah Meski Prosesnya Bukan Dipersetujui Dalam Satu Malam, Namun…,” – Datin Lisa Surihani

Selain Lisa Surihani, pertunjukan fesyen Layar Raya 2023 memukau dengan menampilkan barisan duta lainnya iaitu Uyaina Arshad dan Bella Dally.

Ia turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Datin Seri Fatimah Binti Taha, isteri kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI