Memanjatkan kesyukuran di atas kejayaan pembedahan membuang tumor yang dialami bayi perempuan iaitu Ainul Mardhiah, Neelofa menjadi antara selebriti yang prihatin dan mengikuti perkembangan kanak-kanak berkenaan.

Menerusi Facebook, bintang yang kini berada di tanah suci itu mengucapkan rasa kesyukuran serta penghargaan di atas kejayaan pakar perubatan yang terlibat terutamanya skuad Dr Amalina Bakri.

Alhamdulillah, what a great news! Speedy recovery Ainul and thank you to the great team and Dr Amalina behind this effort!,” tulisnya beserta dengan artikel berkaitan.

IKLAN

Alhamdulillah, what a great news! Speedy recovery Ainul and thank you to the great team and Dr Amalina behind this effort! ❤️

Posted by Neelofa on Tuesday, 11 June 2019

Terdahulu, ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi ada berkongsi wajah terkini anaknya di laman Instagram.

Malah, si ibu turut mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah membantu mengurangkan derita yang dihadapi mereka sekeluarga.

London, 16:18 petang.

IKLAN

Alhamdulillah, Ainul dah buka mata tadi. Comel sangat dia. InshaAllah slow slow ya Ainul. Ainul kan kuat dan bijak. Rehat dulu sampai Ainul dah tak rasa sakit, nanti mama boleh dukung Ainul macam selalu. Love you Ainul,” tulisnya.

Lalu perkongsian tersebut dihujani dengan rasa syukur serta berdoa agar semuanya dipermudahkan.

IKLAN

“Alhamdulillah…,” – Neelofa Luah Rasa Syukur Buat Ainul Mardhiah, Ucap Terima Kasih Buat Skuad Dr. Amalina “Alhamdulillah…,” – Neelofa Luah Rasa Syukur Buat Ainul Mardhiah, Ucap Terima Kasih Buat Skuad Dr. Amalina

Semalam, Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat kira-kira 200 gram pada bahagian mulutnya. Proses pembedahan berjalan kira-kira lima jam.

Foto : Instagram Nurul Erwani & Facebook Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI