Memanjatkan kesyukuran di atas kejayaan pembedahan membuang tumor yang dialami bayi perempuan iaitu Ainul Mardhiah, Neelofa menjadi antara selebriti yang prihatin dan mengikuti perkembangan kanak-kanak berkenaan.
Menerusi Facebook, bintang yang kini berada di tanah suci itu mengucapkan rasa kesyukuran serta penghargaan di atas kejayaan pakar perubatan yang terlibat terutamanya skuad Dr Amalina Bakri.
“Alhamdulillah, what a great news! Speedy recovery Ainul and thank you to the great team and Dr Amalina behind this effort!,” tulisnya beserta dengan artikel berkaitan.
Terdahulu, ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi ada berkongsi wajah terkini anaknya di laman Instagram.
Malah, si ibu turut mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah membantu mengurangkan derita yang dihadapi mereka sekeluarga.
“London, 16:18 petang.
Alhamdulillah, Ainul dah buka mata tadi. Comel sangat dia. InshaAllah slow slow ya Ainul. Ainul kan kuat dan bijak. Rehat dulu sampai Ainul dah tak rasa sakit, nanti mama boleh dukung Ainul macam selalu. Love you Ainul,” tulisnya.
Lalu perkongsian tersebut dihujani dengan rasa syukur serta berdoa agar semuanya dipermudahkan.
Semalam, Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat kira-kira 200 gram pada bahagian mulutnya. Proses pembedahan berjalan kira-kira lima jam.
Foto : Instagram Nurul Erwani & Facebook Neelofa