Semalam, pengacara, Iesya Toh ada memuat naik sebuah posting di laman Instagram memaklumkan bahawa bapa mertuanya, Haji Muhamad Sulaiman telah pun meninggal dunia.
Sempat mengucup dahi saat dikafankan, Iesya turut berkongsi beberapa perkara yang sempat dilakukan oleh allahyarham sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“MasyaAllah Alhamdulilah Alhamdulilah rezeki dua-dua abah senyum and tenang. Dulu bila orang kata jenazah senyum, saya puas fikir macam mana.
“Bila abah Sanny Toh pergi di Madinah, orang yang menguruskan kirimkan gambar terakhir abah sambil kata arwah senyum. MasyaAllah.
“Yang tu memang jelas nmpak, sebab Abah sendiri. Hari ni, Abah mertua juga tersenyum yang ni boleh diagak.
“Sebelum Abah meninggal, abah sempat ke rumah semua anak untuk tengok anak-anak ök tak dengan kehidupan masing-masing. Alhamdulilah Abah sangat bangga. Abah sempat belikan mama kereta baru. Memang tak terduga dan Abah tak suka berhutang,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ieasya turut mendedahkan bawa dia baru sahaja merancang untuk membawa keluarga mertuanya untuk pergi bercuti namun mengakui perancangan Allah jauh lebih baik.
“Minggu depan, kami plan nak bawak abah mama bercuti ke janda baik. Abah sangat happy and excited! Rupanya, Abah dah BERCUTI dulu.
“Perginya Abah dengan mudah. Alhamdulilah orang masjid yang sentiasa tepat pada waktu solatnya.
“Semoga kita yang hidup, sentiasa menjaga waktu solat & tidak perlu menyakiti hati org lain.
“Sya share untuk mengingatkan diri sendiri, sungguh kalau kita baik, jaga Allah, pasti pengakhiran kita juga indah
“Al-fatihah buat kedua2 Abah tercinta Sanny Toh Bin Abdullah (7.2.2018)
dan Hj Muhamad Bin Sulaiman (30.8.2020),” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen rata-rata netizen dan rakan artis tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman.
Sumber: Instagram Iesya Toh