
Pempengaruh dan pelakon, Aisar Khaled kini berjaya memiliki rumah pertamanya pada usia 22 tahun.
Sambil menyatakan rasa syukur, pemuda tinggi lampai ini juga tidak menyangka apabila akhirnya dia berjaya memiliki kediaman idaman.
“Alhamdulillah rumah pertama berhadapan Kl Tower. Tak sangka dengan usia yang macam ni dapat jugak apa yg i impikan syukur sangat sangat,” tulisnya.
Aisar turut memuat naik beberapa fotonya yang dirakam pada beberapa ruang kediaman.
Menerusi hantaran sama, Aisar turut menitipkan beberapa nasihat buat remaja di luar sana.
“Nasihat saya untuk anak muda; jangan berhenti separuh jalan, jangan mudah give up dan jangan berada di dalam zon selesa,” tulisnya lagi.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 25,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mak Cakap Anak Lelaki Mak Dah Kembali,” – Safiey Illias Tayang Foto Dada Berbalut Sejurus Buang Silikon

Selepas dikhabar sudah pun menjalani pembedahan bagi membuang silikon payudara awal semalam, usahawan selebriti Safiey Illias ada berkongsi kesan pembedahan.
Perkongsian yang dibuatnya menerusi Insta Stories itu turut disusuli dengan suasana di dapur bersama ahli keluarga lainnya.
Sementara itu, menerusi posting terkini penyanyi lagu Apa Salah Syinta ini lagi, dia turut memaklumkan ibunya tidak makan kerana risau akan pembedahan yang bakal dijalaninya.
“Mak cakap anak lelaki mak dah kembali. Malam tadi mak tak makan sebab risau pembedahan.
“Apit saya syg mak. Maaf muka tahan sakit,” tulisnya ringkas beserta ribuan komen dari para pengikutnya.
Foto: Instagram Safiey Illias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jika Tiada Aral, Kami Akan Kahwin Tahun Ini. Tapi…,” – Mamat Cerita Pernah 3 Kali Tangguh Kahwini Tunang

Pelawak, Mohd Noor Murad atau lebih dikenali sebagai Mamat Sepah mendedahkan sesi perkenalannya dengan tunang tersayang, yang juga seorang anggota polis.
Mahu merahsiakan nama bakal isteri, Mamat dan tunangnya yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu memahami kerjaya dan tugasan masing-masing.
“Alhamdulillah dia faham dengan kerjaya saya sebagai seorang yang dulunya lebih kepada permotoran dan sekarang ini dalam bidang lawak pula.
“Begitu juga dengan saya perlu memahami kerjaya dia sebagai seorang anggota polis yang menjaga keamanan negara dan orang awam,” kata Mamat kepada MH.
View this post on InstagramA post shared by Mamat sepah®️ (@mamatsepah) on
Mengabadikan detik perkenalan di IPD Shah Alam, bekas anggota kumpulan Sepah itu membuka cerita sesi perkenalan bersama tunangnya.
“Ketika itu saya pergi ke balai untuk tarik report untuk menolong seorang rakan. Kemudian, saya nampak dia berdiri di satu sudut sambil memegang pistol.
“Dia yang mula tegur “Mamat Sepah ke?
“Saya jawab “Ya puan, kenapa ya?”
“Kemudian, dia beritahu saya bahawa kes tersebut dia yang kendalikan.
“Secara tidak langsung, saya minta nombor telefon dia dengan niat agar kes tersebut cepat selesai.
“Diam tak diam, kami saling mengenali dan saya mula perkenalkan si dia kepada ibu.
“Lalu, ibu saya bersetuju dengan pilihan saya,” kongsi Mamat yang sudah mengikat tali pertunangan kira-kira setahun lalu.
Bintang berusia 35 tahun ini turut menjelaskan, dia merancang mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, Mamat terpaksa menangguhnya atas beberapa sebab.
“Ikutkan dalam plan memang kami nak melangsungkan perkahwinan pada bulan 12 tahun ini, tapi terpaksa tunda kerana kesibukan kerja saya untuk fokus dalam pertandingan MLM yang akan bermula pada 1 November ini.
“InsyaAllah, jika tiada aral melintang kami akan berkahwin pada tahun 2020 tapi tiada spesifik tarikh lagi,” ujar Mamat yang menganggap wajah tunangnya persis wanita Korea kerana memiliki kulit putih gebu.
Terdahulu, Mamat menangguhkan perkahwinan selepas merancang untuk mendirikan rumah tangga sekitar Mac dan April lalu.
Ia berikutan kesibukan atas beberapa projek di bawah syarikat pengurusan acara miliknya, Mamat Sepah Entertainment dan pembikinan filem Remp-It 2.
Foto : Instagram Mamat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keakraban Hubungan Mawar Dan ‘Abai’ Runtun Hati Netizen

Isi Kandungan
ToggleWan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid atau Mawar Rashid merupakan figura wanita tabah yang membesarkan tiga orang cahaya mata sendirian, setelah mengumumkan berpisah dengan bekas suami, Raf Yaakob pada November tahun lalu.
Tak dinafikan Mawar Rashid memiliki wajah cantik dan peribadi yang baik. Malah, Mawar disifatkan sebagai seorang wanita yang mesra dan tak lokek dengan senyuman. Selain itu, Mawar dilihat cukup akrab dengan ibu tersayang iaitu Marinee Abdullah atau disapa dengan panggilan Abai.
Abai Asal Chiang Mai, Thailand
Setiap posting Mawar di media sosial, pasti ada momen jelitawan ini di samping Abai. Bahkan peminat tersentuh dengan cara wanita ini menghargai ibu tersayang, meski dia juga kini sudah bergelar ibu kepada tiga anak.
Menelusuri latar belakang Mawar, ibu kepada Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta, dan Raden Seri Riyanna Sayang ini sebenarnya mempunyai darah keturunan Melayu-Siam.
NONA difahamkan ibu Mawar, berasal dari Chiang Mai, Thailand sebelum berkahwin dengan ayahnya iaitu Wan Abdul Rashid yang meninggal dunia ketika Mawar masih kecil.
Meskipun ibu Mawar kini sudah berumah tangga sekali lagi, bersama sahabat karib jejaka asal Brunei, namun Abai sentiasa berada di sisi Mawar dalam keadaan susah mahupun senang.
Cara Mawar Hargai Ibu Tersayang Buat Netizen Tersentuh
Pada tahun 2020, usahawan Mawarose ini pernah membawa ibunya mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci dan mengagumi kekuatan insan istimewa ini sepanjang membesarkan dirinya.
“Abai (Mummy), adik nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau adik ada terbuat salah dengan Abai. Kalau adik ada terkasar, kalau adik ada buat Abai kecik hati. Abai memang the best mom, the best grandmother..
“Adik tak dapat balas jasa Abai terlalu besar. Adik hanya boleh berusaha sebaik-baiknya untuk bagi kesenangan kat Abai. Adik tak nak terlambat cause I love you so much. And Abai dah banyak guna tenaga Abai untuk anak-anak sampailah sekarang.
“Abai tolong jaga semua cucu-cucu Abai, termasuklah Rafael. Sampai sakit pinggang Abai. Abai memang satu dalam sejuta Abai. Abai baik dengan semua orang, selalu nak
masakkan bagi orang, selalu nak tolong orang, pemurah, sangat lembut dengan orang, sangat rendah diri, sangat bijak, sangat rajin, sangat CEKAL.
I wanna be like you. Tu pun tak tahu mampu ke tak sebab tu adik selalu panggil Abai bidadari sebab Abai terlampau baik dengan anak-anak, cucu-cucu, keluarga dan semua
orang! I love you so much Abai. Doakan bisnes Mawarose berjaya Abai,” titip Mawar di Instagram miliknya.
Untuk rekod, Mawar Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga adik kepada selebriti popular Dato’ Fadzley Yaakob pada 9 November 2017. Bagaimanapun jodoh mereka putus ditengah jalan apabila sah bercerai pada November tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta, dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Foto: Instgram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI