Penyanyi Kaka Azraff ada berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya yang kini berusia empat bulan.
Kaka ketika ditemui MH berkata, dia bersyukur kerana dapat merasai nikmat berbadan dua seperti yang diidamkan setiap wanita.
“Alhamdulillah.. saya ambil kesempatan ini nak kongsi berita gembira bersempena bulan Ramadan bahawa saya sedang berbadan dua.
“Walaupun hamil tapi saya masih boleh berpuasa sehingga hari ini (puasa ke 11 hari).
Bagaimanapun, Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff mempunyai alahan saat mengandungkan anak sulung.
“Saya tak boleh bau suami saya dan kalau boleh nak suruh dia tidur rumah jiran .. sebab dia kuat merokok.. Tapi sekarang ni dia dah berhenti,” kata Kaka jujur.
Tambah Kaka yang popular dengan lagu Sibuk ini lagi, dia sangat teruja dengan perkara itu selepas menjalani ujian kehamilan.
“Saya sedar saya hamil masa saya tengah memasak. Saya sangat terkejut dan tidak sangka akan hamil.
“Sepupu saya ada bagi cadangan supaya melakukan ujian kehamilan dan keputusannya adalah positif,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di Hotel Royal Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, Kaka dan suaminya, Adam Azriff berkahwin pada 15 Disember tahun lalu.