“Alhamdulillah, Saya Telah Pun Bernikah,” – Fyna Mengaku Kini Isteri Zainal Abidin Hassan

Share

Penyanyi Fina Jebat akhirnya menoktahkan persoalan ramai selepas mengesahkan dirinya telah pun selamat bernikah dengan bekas jurulatih pasukan bola sepak Penang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan Fina kepada sejurus konsert minggu keempat Famili Duo yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad.

Bagaimanapun, Fina atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29, enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap program Famili Duo.

“Alhamdulillah, saya telah pun bernikah. Jadi, terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang telah memberikan komen yang baik-baik selama ini.

“Jadi saya harap agar anda semua dapat mendoakan saya dan keluarga serta terus menyokong saya dan Ayda Jebat di program ini.

“Saya rasa setakat itu yang boleh saya jawab buat masa sekarang,” katanya kepada MH.

Sementara itu, kakak kepada Fyna penyanyi, Ayda Jebat memuji keberanian adiknya atas  perkongsian mengenai perkara berkenaan.

“Saya berbesar hati kerana Fina dapat memaklumkan mengenai perkara ini kepada semua pihak. Rasanya tiada apa lagi yang perlu dia kongsikan. Tak perlulah terlalu lanjut.

“Saya sudah anggap pihak media seperti keluarga saya sendiri. Terima kasih kepada semua pihak terutama peminat yang telah mendoakan yang baik-baik buat kami. Fokus kami sekarang adalah Famili Duo,” katanya.

Pada masa sama, Fyna memaklumkan suaminya juga sangat menyokong penglibatannya di dalam program berkenaan.

Sekadar info, Zainal merupakan bekas pemain bola sepak negara yang terkenal pada era 80-an dan 90-an.

Pada malam tadi, pasangan adik beradik itu telah pun dinobatkan sebagai pemenang mingguan program Famili Duo, membawakan lagu Bertakhta Di Hati atas persembahan menarik yang dipersembahkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

Published by
Aizam Manaf