“Alhamdulillah Sekarang Baby Dalam Stage ‘Yolk Sac’,” – Madammu Eriyca Baiduri

Share

Usahawan popular, Eriyca Baiduri atau lebih sinonim dikenali sebagai Madammu berkongsi mengenai perkembangan kehamilan yang kini sudah pun mencecah usia lebih enam minggu.

Menurut Madammu, dia perlu menghadiri temu janji bersama doktor setiap minggu bagi memastikan progres kehamilan berjalan dengan baik.

“Alhamdulillah hari ini scan yang pertama, which is kita kena scan every week. Hari ini mungkin doktor nak melihat perkembangan.

“Alhamdulillah sekarang baby dalam stage ‘yolk sac’ (adalah kantung membran yang melekat pada embrio, menyediakan makanan awal dalam bentuk kuning telur).

“Kita akan datang balik (temu janji dengan doktor) pada 1 November, lagi dua minggu. Tapi tadi nampaklah ada ‘kantung’. Tak nampak apa lagi, tapi doktor nak make sure baby is there. So ada lagi, alhamdulillah.

“InsyaAllah lagi dua minggu akan nampak (janin). Kita jumpa lagi dua minggu,” katanya menerusi sebuah hantaran video yang dikongsikan di Tik Tok.

@eriyca.baiduriFirst scan♬ original sound – Noir

Perkongsian tersebut pantas menerima reaksi baik-baik di kalangan peminatnya yang turut sama tumpang gembira dan tidak sabar untuk menantikan perkembangan terbaharu pengasas kosmetik ini.

Malah, ada di antara mereka yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing.

Artikel Berkaitan;

Eriyca Baiduri Umum Kini Hamil 5 Minggu; “Alhamdulillah Selepas 7 Tahun Penantian.”

“Tak Semua Perempuan Berkahwin Sebab Duit,” – Sepakat Cari Rezeki, Eriyca Baiduri Balas Komen

“Dia Belikan Kereta Ini Untuk Pregnancy Gift, Order 10 Bulan Lepas,” – Terus Ikhtiar Rezeki Zuriat, TP Hadiahkan Mercedes-Benz G-Class Buat Eriyca Baiduri

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH