Tahniah diucapkan buat Elly Mazlein yang telah pun selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta pada awal pagi Sabtu.
Menerusi Instagram, Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom memaklumkan berita gembira itu bersama sekeping foto suaminya, Azlan Che Nuh sedang menatap wajah anak sulungnya itu.
“Assalamualaikum, alhamdulillah kak Lina selamat bersalin tadi. 23 Oktober 2021, jam 12.23 pagi tadi. Tq segala doa.
“Tq abah, suami dan manja jaga mama sepanjang mengandung hingga bersalin. Alhamdulillah kita ada orang baru, bertambah lagi sorang dalam keluarga comel kita, alhamdulillah syukur ya Allah.
“Dengan ini kak Lina nak memperkenalkan anak kedua kak Lina, Haider Mateen bin Mohamad Azlan. Assalamualaikum Haider. Welcome to the world our little bundle of joy,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, ruangan komen pada hantaran berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan wargamaya.
Terdahulu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun, bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Puteri Sara Sefhia yang kini mencecah usia lima tahun.
Pengacara itu kemudiannya berkahwin dengan guru, Azlan Che Nuh, 30, pada 18 Januari 2020.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akui Perkahwinan Satu Hal Yang Baik, “Kalau Ada Rezeki Dan Jodoh Mengapa Tidak?,” Sam Bunkface Tak Tolak Jodoh Kahwin Lagi
Vokalis kumpulan Bunkface, Shamsul Annuar Mohd Baharom atau nama komersialnya, Sam Bunkface mengakui hubungan baiknya dengan bekas isteri demi kepentingan anak lelaki mereka, Maleeq yang kini sudah pun mencecah usia tiga tahun.
Profesional dalam hal menjaga anak, bintang berusia 31 tahun ini pada masa sama juga tidak tolak andai sampai jodoh untuk berkahwin lagi.
“Alhamdulillah tiada masalah…Kami masih jaga anak secara bergilir-gilir. Semuanya adil tak ada masalah. Anak pun gembira dan sudah tiga tahun usianya.
“Semuanya okay dan kumpulan kami, Bunkface masih terus berkarya dan kami pun baru sahaja lancarkan lagu baru berjudul Suara,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai soal mencari pengganti, Sam ada jawapan sendiri.
“Sudah tentu akan ada pengganti. Kalau ada rezeki dan jodoh mengapa tidak? Perkahwinan itu suatu hal yang baik,” katanya mahu belajar untuk lebih bersabar dalam apa sahaja perhubungan baru yang terjalin selepas ini.
“Saya kena bersabar. Akan tetapi hidup perlu diteruskan, kita belajar. Hubungan dengan isteri okay tak ada masalah, janji kami saling fikir dan profesional untuk anak. So far so good,” akuinya lagi.
Untuk rekod, Sam dan bekas isteri, Aida Azira Hussin mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq.
Bunkface antara band yang akan menghangatkan konsert Konsert Haus Boom Music 2019 10 November depan.
Turut sama terlibat di dalam konsert yang bermula jam 4.00 petang itu nanti ialah Hujan, Gerhana Ska Cinta, K-Clique, Pop Shuvit dan Budak Nakal Hujung Simpang di samping Ratu Rock Negara, Ella.
Mengambil tempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) tiket jualan konsert berkenaan hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi TicketApps bermula Jumaat, 18 Oktober depan.
Juala tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone).
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Foto: Instagram Sam Bunkface
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Doakan Moga Kau Berbahagia, Dipertemukan Insan Lebih Baik,” – Ahli Caliph Buskers Cerai Dua Tahun Lalu, Ini Harapan Nadira Buat Bekas Suami
Selain pemuzik, Fendy Adlun membuat pendedahan mengenai kisah perpisahan bersama bekas isteri yang juga vokalis wanita untuk kumpulan Caliph Buskers, Nurnadira Rubina, wanita ini turut memberikan pencerahan mengenai kisah perceraian mereka lebih dua tahun lalu.
Menerusi Instagram, pemuzik dan penyanyi ini memberikan penjelasan panjang.
Jelasnya, apa yang dikongsikan adalah bagi menjelaskan kekeliruan.
View this post on InstagramA post shared by Nadira (@missnadiralalala) on
“Kisah semalam hanya sejarah yang mengajar diri untuk menjadi lebih kuat. Dua tahun merahsiakan, jalan yang terbaik adalah berterus-terang agar tiada lagi kekeliruan dan tanda tanya dari mana-mana pihak.
”Tiada siapa yang inginkan perpisahan. Namun sebagai manusia, siapa kita untuk menidakkan apa yang sudah tertulis. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ya, aku redha dengan ketentuan ini.
”Allah takkan turunkan sesebuah ujian jika kita tidak mampu untuk menghadapinya.
Tiada lain yang diharapkan, walau pun hubungan kita sebagai suami isteri telah pun berakhir, aku harap kita dapat berbaik jadi kawan sampai bila-bila.
”Moga kita dapat menjalankan amanah dan memikul tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga dan membesarkan puteri kesayangan kita, Nurazalea Zafirah dengan baik, dengan penuh kasih sayang,” maklumnya.
Dia pada masa sama turut merakamkan ucapan terima kasih buat bekas suami atas tanjunggawabnya selama ini.
“Buat Fendy yang pernah menjadi suamiku suatu masa dulu, terima kasih kerana telah hadir dalam hidup ini.
”Terima kasih kerana telah menjagaku walau dalam waktu yang singkat. Berjuta kemaafan ku pohon dari hati yang terdalam.
”Aku mohon ampunkan segala salah silap sepanjang beberapa tahun aku menjadi isteri, halalkan segala makan minumku selama ini. Meski pun jodoh kita tak panjang, jangan anggap ini sebagai yang terakkhir untuk kita.
”Tapi anggaplah ini sebagai satu titik permulaan untuk kita memulakan cerita baru, juga langkah baru dalam fasa kehidupan yang baru.
”Aku doakan semoga kau berbahagia, moga dipertemukan dengan insan yang lebih baik. Satu je aku nak pesan, cari pasangan yang bukan hanya sekadar sayang diri kita, tapi carilah seseorang yang boleh terima kita seadanya, boleh terima dan sayang anak kita seperti anak-nya sendiri walau dalam apa jua sekali pun keadaan atau kondisi anak kita.
”Dengan penjelasan ini, diharapkan selepas ini kita dapat menjalani kehidupan masing-masing dengan lebih tenang.
”Moga ada sinar kebahagiaan dan kebaikan untuk kita berdua. Sekali lagi, maafkan aku.
Ikhlas dari: Nurnadira rubiana,” jelas Nadira panjang lebar.
Fendy turut berkongsi luahan hatinya di laman Instagram mengenai hal terkait.
View this post on InstagramA post shared by Fendy Hpilacreksub (@fendydrummer_caliphbuskers) on
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2014 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.
Hasil perkahwinan itu, keduanya mempunyai seorang cahaya mata, Nurazalea Zafirah yang kini mencecah usia lima tahun.
Foto: Instagram Nurnadira, Fendy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mawar Rashid Minta Maaf Kepada Semua Yang Sudah Dikecewakan… “Saya Cuba Istiqomah, Tapi Gagal.”
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid memohon maaf kepada semua pihak yang cuba menghubungi bagi bertanya khabar mengenai situasi semasa dirinya sejurus memuat naik foto tidak lagi bertudung, awal hari ini.
Menurut Mawar, tiada banyak yang boleh dijelaskan mengenai hal terbabit namun tetap cuba memperbaiki hubungan dengan Yang Maha Esa.
“Minta maaf saya tak angkat dan tak reply semua yang tanya keadaan saya. Saya baru buka telefon malam ni. Saya akan bagi statement di sini sahaja ya.
“I don’t have much to say about this issue sebab tindakan saya ni bukanlah tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.
“Sungguh pun semua ini dah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah Swt. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah Swt sahaja,” jelasnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan drama TQ Captain ini menerusi Insta Stories, sebentar tadi.
Dalam pada itu, dia turut memberikan ucapan kepada semua yang menitipkan kata-kata semangat buatnya.
“Saya juga nak minta maaf kepada semua orang yang saya dah kecewakan. Saya dah buat dan saya cuba sedaya upaya untuk istiqomah selama ni. Tapi saya gagal kali ini.
“Doakan saya untuk istigamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini.
Terima kasih kepada yang masih support saya, bagi kata positif dan doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya lagi.
Terdahulu, Mawar membuat kejutan dengan berkongsi dua fotonya tanpa tudung di Instagram pada awal Selasa sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI