“Alhamdulillah Selamat Bersalin Jam 12.23 Pagi Tadi,” – Putri Sara Sephia Dah Jadi Kakak, Elly Mazlein Timang ‘Baby Boy’

Share

Tahniah diucapkan buat Elly Mazlein yang telah pun selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta pada awal pagi Sabtu.

Menerusi Instagram, Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom memaklumkan berita gembira itu bersama sekeping foto suaminya, Azlan Che Nuh sedang menatap wajah anak sulungnya itu.

“Assalamualaikum, alhamdulillah kak Lina selamat bersalin tadi. 23 Oktober 2021, jam 12.23 pagi tadi. Tq segala doa.

“Tq abah, suami dan manja jaga mama sepanjang mengandung hingga bersalin. Alhamdulillah kita ada orang baru, bertambah lagi sorang dalam keluarga comel kita, alhamdulillah syukur ya Allah.

“Dengan ini kak Lina nak memperkenalkan anak kedua kak Lina, Haider Mateen bin Mohamad Azlan. Assalamualaikum Haider. Welcome to the world our little bundle of joy

,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Serentak dengan perkongsian tersebut, ruangan komen pada hantaran berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan wargamaya.

Terdahulu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun, bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Puteri Sara Sefhia yang kini mencecah usia lima tahun.

Pengacara itu kemudiannya berkahwin dengan guru, Azlan Che Nuh, 30, pada 18 Januari 2020.

Published by
MH