Hantaran terkini daripada penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51, yang diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli mengejutkan warganet.
Difahamkan, lafaz cerai itu dibuat Rushdi menerusi rakaman video dikongsi penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu di Instagram, sebentar tadi.
“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaznya.
Sementara itu, Nora menerusi ruangan kapsyen menitipkan reaksi ringkas iaitu;
“Alhamdulillah. Selesai. Allah saja yang tahu,” tulisnya yang ditutup ruang komen.
View this post on Instagram
Terdahulu, spekulasi mendakwa rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya itu goyah sudah bertebaran sejak tahun lalu, namun Nora menyangkalnya.
Nora berkata, dia masih bergelar isteri kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.
Penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021.
Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 2,500 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI