Menerusi posting terkini di Instagram milik Izreen Azminda, bintang ini telah berkongsi momen ketika dia mengadakan kenduri doa selamat sempena menyambut Ramadan yang bakal tiba.
Di samping itu, Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam juga turut menganiurkan kenduri doa selamat buat bayi yang bakal dilahirkan pelakon berusia 33 tahun itu.
“Syukur alhamdulillah selesai sudah majlis doa selamat yg serba sederhana ini bersempena menyambut kedatangan bulan yg mulia..Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan juga bersempena menyambut kedatangan ahli keluarga baru tak lama lagi.
“Semoga semuanya dipermudahkan dan mendapat keberkatan dari-Nya,” tulisnya.
Walaupun kenduri tersebut disambut sederhana, namun majlis kenduri tersebut tetap meriah dengan kehadiran para tetamu.
MH mendoakan semoga semua urusan Izreen dipermudahkan dan dimurahkan rezeki selalu.
Untuk rekod, Izreen dan suaminya Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.
Foto : Instagram Izreen Azminda