
Seperti umum mengetahui, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini terbang ke Mesir seterusnya memasuki Gaza Mei lalu bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.
Bagaimanapun sejak beberapa hari lalu, timbul spekulasi mengenai pendakwah tersebut yang didakwa senyap dari berkongsi berita terkini mengenai dirinya.
Malah, tiada juga sebarang ‘updated’ yang dikongsikan di laman media sosial
Lalu, Ebit ada berkongsi khabar perkembangan terkini menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Ebit memaklumkan, semuanya berjalan dengan lancar dan berada dalam keadaan baik sahaja.
“Doakan yer..Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Ebit telah berlepas ke Mesir pada 25 Mei 2021 menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines.
Difahamkan, beliau bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent dalam misi tersebut.
Foto: Instagram Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baby & Mummy Kedua-Dua Dalam Keadaan Baik,”- Datin Lisa Surihani Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Tahniah!

Pengarah, Datuk Yusry Abd Halim memaklumkan isterinya, pelakon Datin Lisa Surihani telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi.
Yusry berkongsi khabar gembira itu bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Yusry memberitahu isteri serta bayi berada dalam keadaan baik lalu meluahkan rasa syukur atas kurniaan cahaya mata ketiganya itu.
“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby & Mummy kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.
What a birthday present. Welcome to the world Junior!,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan itu yang berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang anak bernama Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Foto: Instagram Yusry Abd Halim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syafiq Kyle Mohon Beri Lebih Fokus Kerjaya Seni Berbanding Hal Peribadi ; “Perkara Tersebut Pasti Berlaku Jika Diizinkan.”

Sering diajukan soalan berkaitan peribadi, pelakon popular, Syafiq Kyle berharap agar semua pihak dapat memberikan lebih tumpuan terhadap kerjaya seninya.
Syafiq berkata, setakat ini dia mempunyai beberapa naskhah dan gemar sekiranya hal tersebut turut diberikan perhatian.
“Saya hanya ingin menyuarakan kegusaran yang saya rasa. Saya telah bekerja daripada bulan Januari sehingga September tanpa henti dan ketika ini, saya punyai lima karya yang harus dipromosikan.
“Bagaimanapun, setiap kali saya mengadakan promosi untuk karya-karya saya, ramai lebih fokus kepada kisah peribadi saya berbanding kerjaya seni.
“Namun, saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Apa yang akan berlaku pada masa hadapan, perkara tersebut pasti akan berlaku jika diizinkan.
“Jadi, saya berharap agar semua pihak dapat memberikan fokus terhadap karya-karya saya yang akan ditayangkan ini,” katanya kepada MH.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan Dala Siri One Cent Thief di Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Drama dibawah jenama Astro Originals ini diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih lagi diperkatakan sehingga hari ini.
Bercerita lanjut mengenai watak Iman, Syafiq mendedahkan dia harus mempelajari mengenai cara khusus menggodam dan sistem-sistem perbankkan.
“Dalam drama ini saya banyak belajar menganai menggodam dan sistem perbankkan. Jadi, ia sedikit memakan masa.
“Cara menggodam pula memang hampir sama dengan prosedur operasi standard yang digunakan oleh para penggodam sebenar cuma ada beberapa bahagian yang tidak ditunjukkan. Kalau mereka (hacker) tengok, setidaknya mereka tahu kita buat research.
“Ketika berlakon drama ini, baru saya tahu kenapa bank mengalami masalah gangguan sistem. Itu bermakna ada orang sedang cuba menggodam sistem meraka,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, bintang kelahiran program Hero Remaja 2011/12 ini teruja menantikan respons peminat.
“Saya dapat rasakan para penonton akan menyukai drama ini. Ekspektasi saya begitu. Namun, saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk drama ni menjadi fenomena. Ia tetap bergantung kepada penerimaan penonton.
“Saya juga dapat banyak feedback daripada netizen terutamanya pekerja-pekerja bank. Mereka nak tahu sangat macam mana watak Iman ni. Mereka seperti triggered dengan watak saya sebagai pekerja bank.
“Kita pun ada sentuh fasal realiti gaji mereka yang RM2000 ni tak cukup. Rupanya mereka turut bersetuju. Indah khabar dari rupa. Jadi, saya tak sabar nak tengok feedback mereka lagi selepas ini,” akhirinya.
Naskhah ini mengisahkan tentang Iman Shah yang terdesak untuk membiayai kos rawatan dan hutang ceti haram ayahnya.
Selain Syafiq, drama ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat seperti Azira Syafinaz, Faizal Hussein, Sofia Jane, Amerul Affendi dan ramai lagi.
One Cent Thief bakal menemui penonton bermula 8 Oktober ini, setiap hari Sabtu jam 9 malam.
Penonton juga berpeluang menonton episod baru seminggu lebih awal pada Sabtu jam 12 tengah malam menerusi platform Astro Go atau On Demand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Kalanya Rasa Sedih Juga Tapi…,” – Amira Othman

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman menyimpan hasrat untuk membawa single terbarunya yang berjudul Alah Bisa hasil kolaborasi bersama penyanyi terkenal, Faizal Tahir untuk dipertandingkan di pentas-pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).
Menurut Amira, harapannya terhadap lagu ini sememangnya amat besar namun, dia tetap memberikan sepenuh kepercayaan terhadap perancangan yang telah disusun oleh Allah SWT.
“Sepanjang saya berkecimpung di dalam industri ini, saya masih lagi belum berkesempatan ke pentas AJL. Sebelum ini ada lagu bersama Sufian Suhaimi tapi setakat di semi-final sahaja.
“Saya sebenarnya tidak menspesifikasikan mana-mana lagu sebab walau macam mana pun kita merancang, kalau Allah kata belum rezeki, tidak akan jadi juga.
“Kalau tanya mengenai harapan saya tentang lagu ini, sebenarnya memang besar dan saya berhasrat ingin membawa lagu ini di pentas-pentas besar yang belum pernah saya jejaki,” tulisnya.
Bekas bintang kelahiran Akedemi Fantasia musim ke-10 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu Alah Bisa yang berlangsung di Ibu kota pada Khamis.
Amira turut menambah, dia tidak pernah sekali pun terdetik untuk mengalah kerana menyanyi merupakan perkara yang paling disukainya.
“Saya mula memasuki pertandingan nyanyian pada usia 12 tahun. Sepanjang tempoh itu banyak kali juga saya kalah. Menang pun mungkin sekali je rasanya.
“Ada kalanya rasa sedih juga tapi disebabkan kecintaan terhadap bidang nyanyian yang membuatkan saya terus bersemangat.
“Saya percaya semua orang dalam hidup ni bila kita buat sesuatu yang kita suka, kita tidak akan putus asa. Saya tak mahu mengalah lagi.
“Selagi ada rezeki, saya mahu terus menghasilkan karya-karya yang terbaik buat pendengar khususnya buat para peminat,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya adakah dia cemburu bila melihat rakan-rakan seperjuangan di Akademi Fantasia dahulu kini lebih menyerlah berbanding dirinya, Amira memberitahu kejayaan-kejayaan rakan artis inilah yang menaikkan semangatnya untuk menjadi lebih baik
Saya, Hael Husaini, Nabila Razali dan ramai lagi dulu siap ada group yang sama untuk membincangkan mengenai perjalanan kerjayamasing-masing tetapi begitulah kehidupan.
“Bila kita keluarkan sesebuah lagu ni, ada kala tak jadi. Bila keluar lagu seterusnya, menjadi pula. Begitu juga dalam bidang lakonan.
“Saya merupakan seorang yang sangat percaya kepada rezeki. Jadi, saya tidak berasa cemburu dan iri hati. Kami semua masih berkawan baik dan kami memang menyokong antara satu sama lain.
“Kejayaan rakan-rakan ini sebaliknya menjadi inspirasi untuk kita sama-sama buat yang terbaik dan bergerak ke tahap yang baru,” akhirinya.
Single Alah Bisa kini sudah boleh mula didengari di seluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Faizal Tahir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI