
Tahniah diucapkan buat bekas pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Ziha Salleh yang telah pun selamat bersalin anak kedua pada jam 3.42, khamis lalu.
Dikurniakan permata hati lelaki, Ziha atau nama sebenarnya, Nor Aziha Md Salleh menzahirkan bersyukur kerana semuanya berjalan lancar.
“Alhamdulillah, everything went well. My Baby was safely delivered pukul 3.42pm semalam (9/4/20).
“Thank you everyone for all the kind wishes dan semua yang mendoakan. You know who you are,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.
Rakan artis dan peminat turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi yang baru lahir.
Sebagai rekod, Ziha mendirikan rumah tangga dengan Zarul Hafis Zarak Kamal pada 8 Oktober 2016 dan turut mempunyai seorang lagi anak, Hizqeel yang kini mencecah usia tiga tahun.
Foto: Instagram Ziha Salleh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kharisma Music International Tampil Perjelas Isu Pembatalan Konsert Aisha Retno

Penganjur konsert, Kharisma Music International tampil menepis dakwaan penyanyi, Aisha Retno yang kononnya dia tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan atau pembatalan Konsert Aisha Retno Malam Sutera yang sepatutnya berlangsung pada 16 November lalu.
Penyanyi yang juga penganjur konsert, Yuka Kharisma sebaliknya menjelaskan pihaknya dan Aisha Retno Entertainment (ARE) pernah bertemu bagi membincangkan hala tuju persembahan itu susulan jualan tiket yang kurang memberangsangkan.
“Sekitar September 2024, terdapat beberapa perjumpaan diadakan di antara pihak Kharisma Music International dan Aisha Retno Entertainment bagi membincangkan hala tuju konsert tersebut.
“Dalam pertemuan tersebut, pihak mereka telah dimaklumkan bahawa setakat tarikh perjumpaan, jumlah tiket yang terjual hanya lebih kurang 98 tiket manakala 100 tiket diperuntukkan untuk pihak media daripada 2,414 tiket ditawarkan.
“Disebabkan penjualan tiket tidak memberangsangkan dan tidak mencapai sasaran, pihak penganjur memaklumkan kepada ARE konsert harus ditangguh atau dibatalkan bagi mengelakkan kerugian,” katanya, lapor mStar.
Yuka menjelaskan perkara itu menerusi sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur pada petang Rabu yang turut dihadiri oleh peguam Kharisma Music International iaitu Tuan Muhammad Arief Tuan Mohamad Yusof.
Menerusi sidang media sama, Yuka juga menyangkal dakwaan pihaknya tidak melakukan seberang kerja-kerja promosi konsert tersebut.
“Sebagai penganjur kami sudah membuat promosi menerusi ‘ads’ namun kita juga sangat terbatas dan kita minta (Aisha) satu video, ia memakan masa hampir dua bulan. Artis juga memainkan peranan yang besar untuk sebuah konsert.
“Ini bukan konsert pertama saya, sudah banyak yang saya anjurkan dan artis memainkan peranan penting untuk menjayakan konsert tersebut dan juga promosi.
“Kalau kata kita kurang promosi kena tanya juga bagi pihak artis, adakah anda sudah buat banyak promosi di sosial media anda?,” katanya lagi.
Sementara itu, Yuka menjelaskan penganjuran konsert itu juga sebagai cagaran Aisha membayar semula wang dipinjam sebanyak RM83,000 ketika menyertai Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) pada Mac lalu.
Yuka mendedahkan wang itu diberikan kepada Aisha bagi membantunya menjayakan persembahan selepas mengalami kekurangan dana dan meminta penyanyi berkenaan membayar semula wang tersebut.
Setakat ini jelas Yuka, pihak Aisha menerusi Aisha Retno Entertainment (ARE) baru membuat pembayaran sebanyak RM6,000 dan baki RM77,000 belum dilunaskan.
“Pada Januari 2024, pihak Aisha Retno Entertainment (ARE) ada menyatakan kesukaran mereka mencari dana bagi persembahan Aisha pada AJL38 yang berlangsung pada Mac lalu.
“Mereka memohon bantuan daripada pihak Kharisma Music untuk merealisasikan persembahan di pentas AJL38.
“Kami telah berikan Aisha lebih kurang RM83,000 untuk persiapan Aisha dan setakat ini dia hanya membayar RM6,000 sahaja,” katanya.
Pada 9 November lalu, Kharisma Music International menerusi Instagram mengumumkan konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November di Zepp Kuala Lumpur dibatalkan kerana jualan tiket rendah.
Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, kemudiannya turut memberikan reaksinya berhubung pembatalan konsert solonya menerusi media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber: mStar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Itu First Love Kita,” – Bantu Cari Warga Emas Viral Sesat Di KL, Nourul Depp Beri Nasihat Hargai Ibu Bapa

Baru-baru ini tular di media sosial kisah mengenai seorang warga emas yang dikatakan sesat di ibu kota, Kuala Lumpur kerana ingin mencari anaknya sejak bulan Mac yang lalu.
Perkara tersebut mendapat perhatian rakyat Malaysia termasuklah penyanyi, Nourul Depp.
Menurut Nourul, dia hari ini telah keluar ke sekitar Kuala Lumpur bagi mencari warga emas yang dikenali sebagai Pakcik Nesen itu untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat.
Bagaimanapun, usaha Nourul itu terhenti apabila warga emas itu difahamkan sudah tiada lagi di kawasan tersebut.
“Tadi misi mencari Pakcik Nasen, tak berjaya. Terima kasih @ina_mohd pi sekali. Kami pi Wisma Central, Kami pi masjid KLCC dan juga Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. Tak jumpa
“Kata adik-adik dan abang di situ, last Pakcik Nasen di situ, Jumaat lepas. Lepas badan kebajikan dan polis mai serta dua individu, Pakcik Nasen tak dak dah kat situ. Harapnya , Pakcik Nasen dah jumpa anak-anaknya atau dibawa ke tempat yang lebih selamat,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Kerana Terluka itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Nourul turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga ibu bapa kita sebaiknya sementara mereka masih ada.
“Tujuan kami cari, sebab nak letakkan dia di tempat yang selamat juga. Tapi bukan rezeki kami. Mudah mudahan Allah jaga orang tua kita. Semoga Allah ampunkan dosa dosa mereka. Andai telah kembali di sisi-Nya, doakan syurga tempat mereka.
“Mak pak kita berusaha besaqkan kita macam mana pun keadaan depa. Tak berbelah bagi. Itu first love kita. Jaga sebaiknya selagi hidup. Doakan kami lebih berjaya. Semoga dapat bantu lebih ramai mereka yang memerlukan. Aminnnn.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang dilakukan oleh Nourul itu selain turut berharap agar warga emas tersebut berada didalam keadaan yang baik.
Sumber: Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Teran 3 Kali Je, Tak Sampai Seminit Push,” – Beby Maembong Selamat Bersalin Anak Perempuan, Namanya Pun Ringkas

Kakak kepada pelakon Emma Membong, Beby Maembong selamat menimang cahaya mata ketiganya 25 Ogos lalu.
Bayi perempuan yang diberi nama Puteri itu dilahirkan dengan berat 3 kilogram kira-kira jam 10.55 malam.
Ibu kepada tiga permata hati itu memaklumkan berita gembira berkenaan menerusi Instagram selain turut berkongsi perkembangan terkininya.
“Assalamualaikum semua aunty uncle. Lama kan kita tunggu nak tahu suprise jantina saya. Im a GIRL!! Nama saya puteri @bebyeejunior. Umur saya 5hari.
“Tarih lahir saya 25aug2020. Lahir pukul 10:55malam. Mummy teran 3kali je saya dah melompat keluar. Xsampai seminit push.
“Alhamdulillah sangat mudah mummy lahirkan saya. Berat saya 3KG je tp pipi saya bambam macam mummy.
“Kulit saya masih merah.. Saya ada lesung pipit dan lesung dagu.. Eeh ada ke lesung dagu? Sebab dagu saya pon ada lekuk. Sayang semuaa,” titipnya.
View this post on InstagramA post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut usahawan yang juga bintang media sosial ini memberikan dedikasi serta ucapan tahniah.
View this post on InstagramA post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
View this post on InstagramA post shared by MERMAID 🧜🏻♀️ (@beby_maembong) on
Terdahulu, namanya pernah mencuri perhatian apabila fotonya berpakaian mirip duyung tular di media sosial.
Foto: Instagram Beby Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI