Sepotong video yang merakamkan figura pelakon senior, Wan Maimunah menitiskan air mata saat menerima kunjungan Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa ustaz muda, beberapa hari lalu di kediaman anak angkatnya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor nyata menyentuh hati ramai.
Bintang televisyen yang kini mencecah usia 67 tahun itu dilihat tidak mampu menahan sebak saat diziarahi.
Memetik Berita Harian, Wan Maimunah menerima bantuan makanan untuk kegunaan harian pada saat seluruh warga di negara ini mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19.
Video perkongsian hati Wan Maimunah itu turut dimaklumkan daripada perkongsian Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin di platform Instagram.
“Saya dihubungi Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin beritahu ada ustaz nak datang.
“Alhamdulillah, terima kasih, rumah ibu jauh, tetapi ustaz tetap sudi datang. Setiap yang baik, Allah membalas dengan kebaikan juga hendaknya,” katanya seperti yang petik.
Ads
Sementara itu, Ustaz Sheikh Muhammad turut berharap sumbangannya kepada golongan selebriti tidak diperbesarkan.
Ini kerana dia hanya menjalankan tanggungjawab kecil kepada sebahagian masyarakat yang memerlukan.
“Insan seni seperti ibu (Wan Maimunah) amat dihormati dalam kalangan masyarakat kerana sumbangannya dalam bidang seni. Lakonannya menyampaikan kisah dan teladan kepada manusia lain, besar pengaruhnya.
“Bagi saya, dengan bertanya khabar dan membantu serba sedikit dapat meringankan beban emosi insan seni seperti ibu,” katanya kepada Berita Harian.
Ads
Pada masa sama, ustaz tersebut difahamkan turut menyumbang kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan petugas keselamatan dalam tempoh PKP.
Ustaz Sheikh Mohammad bekerjasama dengan WHAM dan rakan artis seperti Zul Yahya dan Azza Elite yang mengenal pasti nama-nama pelakon veteran yang memerlukan bantuan.
Selain Wan Maimunah, Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa sahabat ada mengunjungi Datuk Wazata Zain, Hail Amir, Norlia Ghani, Shima, Sophia Ibrahim, Mak Jah, S Rohani, Mimi Loma, S Mariam, Aripah Damanhuri dan ramai lagi.
Ads
Tidak terkecuali, sumbangan yang mula diedarkan sejak awal April ini disampaikan kepada penggiat teater dan kru balik tabir.
“Insya-Allah, bantuan akan diteruskan pada masa hadapan. Semoga usaha kecil ini tidak terhenti di sini,” ujarnya lagi.
A post shared by tengku khalidah (@tengkukhalidah_tengkubidin) on
Sebelum ini, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) turut menghulurkan sumbangan.
Sumber/Foto: Berita Harian, Instagram Tengku Khalidah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktor tubuh sasa, Zul Ariffin mengakui dia ada menyimpan hasrat untuk melangsungkan majlis akad nikah di Tanah Suci Makkah atau Madinah andai sudah sampai seru buatnya untuk mendirikan rumah tangga.
Tambah bintang berusia 33 tahun ini lagi, meski sehingga kini dia masih belum mempunyai teman istimewa, Zul bagaimanapun sudah bertanya terhadap beberapa rakan selebriti perihal prosedur andai nikah di tanah suci
“Saya berangan-angan mahu bernikah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Saya pernah bertanya kepada beberapa teman mengenai prosedur pernikahan di Makkah atau Madinah.
“Bagaimanapun, sekadar bertanya untuk membuat persiapan. Jangan bimbang, saya tidak akan kahwin sorok-sorok apabila sudah tiba jodoh,” katanya seperti yang dipetik BH Online.
Pada masa sama, hero filem Misteri Delaila ini juga memberitahu andai impiannya menjadi kenyataan, majlis resepsi tetap dilangsungkan di Malaysia.
“Saya mahu bernikah di Tanah Suci, tetapi majlis resepsi tetap diadakan di Malaysia selepas pulang.
“Besar harapan saya dapat membawa bakal isteri dan keluarga menunaikan umrah bersama-sama,” kongsi Zul.
Sementara itu apabila bercakap dengan lebih terperinci mengenai soal jodoh, Zul tidak mahu lagi merancang, bimbang andai tak menjadi.
“Dulu, saya ingat dapat berkahwin dengan seseorang. Buat rancangan macam-macam tetapi tidak menjadi.
“Kali ini, saya mahu pilih gadis biasa. Saya tidak kisah sama ada bekerjaya atau tidak, asalkan dapat menjaga saya sebaiknya.
“Saya juga mengharapkan bakal isteri menjaga kerjaya saya, bukan menjahanamkan,” jelas Zul.
Foto: Instagram Zul Ariffin, Sumber : BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bertemakan ‘Inspirasi Sinemaku’, majlis berprestij Filem Festival Malaysia (FFM30) yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi telah berlangsung dengan jayanya.
Sekali gus, barisan selebriti tampil cantik dan kacak di majlis red carpet.
Berikut adalah senarai gambar selebriti yang mengenakan busana ekslusif dari pereka fesyen tempatan.
Terdahulu, penyanyi dan pelakon Asmawi Ani atau sinonim dipanggil Mawi kini merupakan salah seorang penyampai radio di stesen radio Zayan.
Cumanya, menerusi entri terbaru di akaun Instagram milik Mawi, dia ada berkongsi kritikan dan sindiran daripada pensyarah, Saadan Man.
Dr Saadan Man dilihat ada memberikan reaksi perihal penyampaian Mawi bagi segmen Mawi Jawi.
Ini kerana Dr Saadan ‘kreativiti’ yang dipersembahkan untuk segmen Mawi Jawi tidak berapa tepat dan tidak mengikuti standard Bahasa Jawi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Bagaimanapun, pandangan yang dikongsinya mendapat reaksi baik Mawi.
“Terima kasih atas kritikan & teguran Dr Saadan Man.Terima kasih juga sebab sudi dengar radio ZAYAN khususnya segmen #MAWIJAWI.
“Alhamdulillah..Sejak adanya radio ZAYAN semakin ramai yang suka berbincang pasal tulisan jawi. Tapi sembang kat FB ni tak syok la..Kita tak tahu pucuk pangkalnya.
“Jom la kita lepak makan cendol ke?Lepak memancing ke? Kena roti banjir pun baik juga,” tulisnya.