Uncategorized

Alhamdulillah…Siti Nordiana Tunai Umrah Awal Disember Ini

Share

Menyifatkan rezeki dan niatnya sudah dimakbulkan, penyanyi yang popular menerusi lagu Terus Mencintai, Siti Nordiana merakamkan rasa terharu dan teruja kerana bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah, awal Disember depan bagi menunaikan umrah.

Katanya kepada MH, niat tersebut sudah lama dipendam. Bagaimanapun, hajat tersebut berjalan dengan lancar tahun ini, seakan-akan dipermudahkan apabila jadual kerja seninya juga bagai tersusun cantik sepanjang tahun 2017. Turut sama menyertai romobongan berkenaan ialah kedua ibu bapa penyanyi tersebut bersama rakan-rakan terdekat.

“Alhamdulillah, apabila sudah sampai seru untuk menunaikan umrah, saya bersyukur kerana segala-galanya dipermudahkan. Pada masa sekarang, saya perlu langsaikan terlebih dahulu komitmen seni yang tinggal sebelum berangkat ke Mekah. Saya ke sana sekitar 10 hari dan insya-ALLAH, kalau ikutkan jadual, rombongan kami akan pulang ke tanah air pada pertengahan Disember. Doakan semuanya berjalan seperti dirancang,” pinta penyanyi berusia 33 tahun itu lagi.

 

“Sekembali dari umrah nanti, saya akan sibuk di lokasi drama rantaian, Pengantin Musim Salju arahan Michael Ang. Sebenarnya, projek tersebut sudah pun dirancang lama. Namun terpaksa dianjak kepada suatu tarikh lain bagi memberi ruang buat kami untuk fokus pada pementasan teater Dia Semanis Honey The Muscial,” jelas Siti Nordiana atau lebih mersa disapa Nana.

Published by
Rafiq Mazlan