Balu kepada Allahyarham pelawak, Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali meminta doa yang baik-baik buatnya dan anak sejurus prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Hidayah pada masa sama turut meluahkan rasa leganya.
“Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya. Saya dah rasa lega dah,” kata wanita berusia 33 tahun ini ketika diminta mengulas mengenai kemenangannya berhubung kes saman fitnah terhadap adik iparnya, Syed Ali Puteh yang difailkan dua tahun lepas.
Memetik Gempak, peguam yang mewakili Nor Hidayah, Mohamed Ibrahim Mohamad berkata, kemenangan itu sekali gus telah membersihkan nama serta reputasi keluarga Hidayah.
“Alhamdulillah mahkamah hari ini memberikan keputusan yang mana ia berpihak kepada anak guam kami.
“Tuntutan keluarga arwah Abam dan Ali terhadap anak guam saya, Nor Hidayah telah ditolak dengan kos.
“Manakala, tuntutan kami terhadap Ali telah dibenarkan dengan kos juga, ganti rugi RM60,000 telah dipersetujui oleh mahkamah untuk dibayar kepada Hidayah.
Ads
“Kami percaya keputusan ini telah membersihkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami dan berharap selepas ini tiada lagi.
“Sebelum ini ada kenyataan dibuat seolah-olah ada pihak dianiaya oleh anak guam kami tapi hari ini mahkamah telah menjelaskan bahawa tiada berlaku sebarang penganiayaan, sebaliknya yang dianiaya adalah anak guam kami,” katanya.
Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.
Saman yang dibuat Nor Hidayah itu antaranya mendakwa Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.
Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
Ads
Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.
Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.
Ads
Sementara itu, Hidayah menerusi Instagram arwah suami turut berkongsikan perasaan berhubung hal berkaitan.
“Alhamdulillah syukur pada Allah, kes saman hakim putuskan kemenangan kepadaku. Syukur pada Allah.
“Terima kasih kepada peguam kami, mak, abah, anakku hamzah, adik-beradik famili & rakyat Malaysia yang mendoakan kami sekeluarga. Amin,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Filem Sumpahan Syaitan yang bakal ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia pada 2 Mac depan lulus tayangan tanpa sebarang potongan dan mendapat klasifikasi PG13 oleh Lembaga Penapis Filem (LPF).
Pengarah Sumpahan Syaitan, Roy berkata, dia sudah menjalankan kajian dengan bertemu pihak kementerian dan Lembaga Penapis Filem (LPF) sebelum memulakan penggambaran bagi mendapatkan nasihat.
“Sebelum mula penggambaran saya sudah bertemu pihak kementerian dan agensi terlibat bagi memastikan filem ini lulus tanpa sebarang potongan. Saya mahu memastikan tiada adegan yang dipotong supaya cerita tidak tergantung.
“Malah, saya mahu penonton memahami jalan cerita serta nilai yang ada dalam Sumpahan Syaitan. Itu mungkin sukar jika terlalu banyak adegan yang dipotong,” ujarnya.
Sumpahan Syaitan mengisahkan Sam lakonan Farid Kamil terpaksa melarikan diri selepas dirinya diperdaya skim pelaburan cepat kaya atau multilevel marketing.
Nasib Sam bertambah malang apabila berdepan pelbagai kejadian misteri dan seram ketika menyembunyikan diri di sebuah hotel milik sahabat baiknya, Malik (lakonan Datuk AC Mizal).
Filem terbitan D-Bay Filem Factory dan Red Firess Film Production itu menampilkan pelakon-pelakon hebat antaranya Farid Kamil, Datuk Jalaludin Hassan, Nynaa Harizal, Datuk AC Mizal dan ramai lagi.
Kata Roy Lagi, Sumpahan Syaitan juga berjaya menggabubgkan sebahagian ahli kumpulan pelawak legenda Senario antaranya Azlee, Saiful Apek dan Yasin.
“Sumpahan Syaitan adalah sebuah filem seram-komedi yang menggabungkan pelbagai adegan misteri tetapi dalam pada sama menghiburkan dan memberi pengajaran.
“Memang pada awalnya saya mahu mengarah filem itu supaya mempunyai nilai komersialnya sendiri. Seram tetapi meriah.
“Saya harap filem ini mendapat sambutan. Lagipun sekarang trend penonton tempatan memberi sokongan kepada filem lokal,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak sampai beberapa jam lagi untuk mengintai peluang sebagai juara dalam Maharaja Lawak Mega 2019, Ajak yang menganggotai kumpulan Rare bersama Pak Ya dan Ropie memilih untuk meninggalkan sesi latihan demi menjaga adiknya yang kini berada di hospital akibat kemalangan.
Memetik laporan Astro Gempak, adik Ajak yang dikenali sebagai Fitri difahamkan mengalami melecur tahap dua dan kini sedang rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
“Buat masa ini apa yang boleh saya kongsi, adik saya terbakar dan melecur tahap dua.
“Saya belum lagi bertanya kepada dia mengapa dan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku.
“Biar doktor buat rawatan dahulu dalam masa sama mahu adik berehat kerana sudah tentu dia berada dalam keadaan trauma dan masih terkejut,” katanya seperti yang dipetik.
Penyampai radio ini turut mengucapkan penghargaan buat dua teman baiknya atas pengorbanan dan faham akan dugaan yang tertimpa atasnya.
“Besar dugaan saya, Adik saya kemalangan tadi masa kerja. Sy tinggalkan rehearsal untuk final Maharaja. Saya terpaksa uruskan adik saya dan sekarang sy masih ada dekat hospital.
“Saya terpaksa tinggalkan Pak Ya dgn Abg Ropi berdua kat sana. Terima Kasih Pakya dgn Abg Ropi sebab faham saya.Kita cuba buat yg terbaik esok,” jelasnya yang turut berkongsi paparan mesej perbualan bersama Ropie dan Pak Ya.
A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on Jan 9, 2020 at 5:21am PST
Rare akan berentap dengan empat lagi kumpulan iaitu Puteh, Zero, Bocey dan Jborn di pentas akhir MLM 2019 malam ini bagi merebut gelaran juara dan wang tunai RM500,000.
Foto : Instagram Ajak Dan Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa di sini yang suka tonton The Crown? Drama bersiri yang disiarkan oleh Netflix ini diinspirasikan dari keluarga Diraja United Kingdom telah ditayangkan kepada umum sebanyak empat siri ini akan diakhiri dengan siri kelima dan keenam dengan latar masa pemerintahan Ratu Elizabeth II pada abad ke-21.
Baru-baru ini, The Crown telah menang besar ketika majlis Anugerah Emmy 2021 dengan menggondol majoriti pencalonan dalam kategori drama bersiri. Untuk memenangi anugerah drama bersiri tebaik, The Crown bersaing sengit dengan drama lain seperti Bridgerton, Pose dan This Is Us.
Bagi kategori pelakon wanita terbaik, Olivia Coleman yang memegang watak Queen Elizabeth dengan cemerlang telah menarik perhatian juri. Dalam ucapannya ketika menerima anugerah, dia berkata, “Ini merupakan satu pengakhiran yang baik untuk menamatkan penglibatan saya bersama siri ini. Saya berharap ayah saya ada di sini untuk menyaksikan momen ini. Saya kehilangan ayah dek pandemik Covid-19 dan saya pasti, dia tentu sukakan semua ini.”
Untuk pengtahuan pembaca, Olivia tidak akan muncul lagi dalam siri ini kerana bagi musim kelima dan keenam drama ini, watak Ratu Elizabeth II akan dilakonkan oleh pelakon yang lebih tua iaitu Imelda Staunton.
Selain Olivia, Josh O’connor yang memegang watak sebagai Putera Charles menggondol anugerah pelakon lelaki terbaik, Gillian Anderson memenangi anugerah pelakon pembantu wanita terbaik menerusi hasil kerjanya memegang watak Margaret Tracher dan Tobias Menzies yang memegang watak sebagai Putera Philip membawa pulang anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik.
Bintang muda yang baru berusia 31 tahun, Josh O’Connor dalam ucapan ketika menerima anugerah, berterima kasih kepada Emma Corrin yang memegang watak sebagai Puteri Diana kerana menjadi rakan lakonan yang terbaik. Dia juga berterima kasih kepada kekasihnya yang banyak berkorban sepanjang dia sibuk dengan jadual lakonan untuk siri tersebut.
Kemenangan siri The Crown ini merupakan satu kejayaan besar buat Netflix dalam industri penyiaran. Can’t wait for the next season! Mesti lagi hebat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!