Penyanyi Ameer Sofazr memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan permata hati seberat 3.1 kilongram itu pada Selasa.
Ameer atau nama lengkapnya Amir Mahiyiddin, 34, berkongsi khabar gembira itu menerusi akaun Instagram.
Pada masa sama, Ameer menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan buat isteri serta anaknya.
“Alhamdulillah syukur,
isteri saya @aurora_aulia93 dah selamat melahirkan Puteri sulong kami, @7.40pm
27/10/2020 @3.1kg.
“Terima kasih pada seluruh family, saudara, sahabat, kawan², peminat² & semua yg mengenali kami kerana mendoakan buat isteri & anak kami. Smoga kite semua sentiasa dlm lindunganNYA & rahmatNYA.
Amin…
“In shaa Allah dengan rezeki & amanah yang diberikan olehNYA akan ku jaga sepenuh hayat… Terima kasih semua…#syukuralhamdulillah
#penantian5tahun
#callmedaddy
#princessdaddymummy
#babygurl
#anakdaddyandmummy
#newjurney,” tulisnya.
Terdahulu, Ameer mendirikan rumah tangga dengan Saidatul Nazriah Abdul Latif pada January 2015.
Foto: Instagram Ameer Sofazr
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bad Indigo Tolak Khabar Angin Cerai Sebab Ashira Tak Mahu Bersusah Dengannya, ‘Update’ Kesihatan Terkini
Penyanyi Bad Indigo menolak dakwaan netizen yang mendakwa bekas isterinya yang juga penyanyi Ashira wajar dipersalahkan atas perpisahan yang berlaku, baru-baru ini.
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, bagaimanapun tidak beekongsi lanjut mengenai punca sebenar mereka membawa haluan masing-masing.
“Dia (Ashira) selalu ingin menolong masuk ke bilik air misalnya atau pergi hospital, tetapi saya yang tidak mahu. Saya mahu buat semua benda sendiri.
“Sebab sekiranya ditakdirkan perlu hidup sendirian, saya sudah biasa berdikari.
“Netizen biasalah, mereka akan membuat spekulasi kerana pengakhiran cerita kami tergantung… mungkin mereka mahukan jalan cerita yang berakhir dengan kontroversi,” katanya.
Berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya, Bad baru sahaja selamat menjalani pembedahan memotong jari kakinya akibat luka penyakit diabetes pada 23 Mac lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Kongsinya, selagi ada kudrat dia mahu menjalani kehidupan tanpa perlu bergantung kepada sesiapa.
“Saya kena kuatkan diri saya sebab itu saya tinggal berseorangan. Saya bukan tidak mahu terima bantuan, kalau ada saya terima. Tetapi kalau boleh buat sendiri, saya buat sendiri.
“Misalnya jika pergi ke hospital, saya akan naik Grab, tetapi kalau perlu tukar balutan, saya memandu sendiri,” katanya lagi.
Untuk rekod, Bad dan Ashira bercerai secara baik pada 23 Jun lalu. Pendedahan tersebut didedahkan mereka melalui sebuah perkongsian video yang dimuat naik di Instagram masing-masing.
Bad dan Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, mendirikan rumah tangga pada 11 Mac tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Bad Indigo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Penat Simpan Rahsia,”- Shima Anuar Umum Bakal Lahir Anak Lelaki Ogos Depan!
Menanti detik kelahiran cahaya mata kedua pada Ogos depan, pelakon Shima Anuar akhirnya mendedahkan jantina kandungannya.
Berita gembira itu dikongsikan bintang filem Highland Tower itu di Instagramnya sebentar tadi.
“IT’S A BOY! Alhamdulillah. Actually me and my husband dah tau since 4 months pregnant lagi. Kitorg dapat tau from my blood test result. Penat simpan rahsia. Bila org tanya, i akan jawab tunggu dulu, tunggu dulu, nanti kite bgtau. Hahah. Terima kasih ya semua yg datang.
“Korang buat gender reveal ni macam tgk game bola pulak! Hahah! Ok now dah boleh start buat checklist nak beli barang for this boy. I ada about 4weeks je lagi. 2weeks nak settlekan everything. 2weeks lagi nak rest cukup2. Wish me luck! #itsaboy #babygenderreveal,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on
Terdahulu, Shima turut mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Damansara Perdana, Petaling Jaya petang semalam.
Sekali gus, Shima telah mengumumkan jantina kandungannya itu.
Untuk rekod, Shima dan Mohd Solih Taha pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Marian Sophia yang kini berusia dua tahun.
Foto : Instagram Shima Anuar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHRecap Nur Sajat Perjelas Isu Sebenar Naik Mahkamah, Elly Mazlein Belum Sedia Dedah Wajah Kekasih Dan…!
1.Nur Sajat Naik Mahkamah, Perjelas Isu Sebenar
Nur Sajat mengakui kes mahkamah melibatkan dirinya pagi semalam sudah pun selesai. Apakah yang terjadi?
Artikel di :
2. Elly Mazlein Akan Dedahkan Wajah Kekasihnya Pada Malam Berinai Nanti
Elly Mazlein masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah kekasihnya itu.
Artikel penuh di :
“Saya Akan Dedahkan Wajah Kekasih Bila Malam Berinai Nanti, – Elly Mazlein
3. Ibu Jadi Penguat Semangat Uqasha Senrose Tunai Umrah
Apakah yang dikatakan ibu kepada Uqasha?
Artikel penuh di :
4. 10 Trivia Menarik Fasal Nur Sajat
#MHTrivia Fuh! Usahawan Sensasi & Kontroversi, Ini Hal Menarik Fasal Pengasas Kosmetik, Nur Sajat!
5. Tyra Banks Puji ‘Lava Catwalk’ Miss Universe 2018, Catriona Gray
Artikel penuh di :
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI