Menerusi perkongsian isteri Rahim R2R, Lily Khay di laman Instagram, pelawak berkenaan dikhabarkan telah selamat menjalani pembedahan membuang bisul.
Pembedahan ringan itu selesai kira-kira jam 11.27 pagi.
“11.27am – Alhamdulillah syukur selamat dah. Terima kasih atas doa anda.
“Tadi AR masuk je OT, kakak berdesup keluar cari makanan standby utk makan lps operate. Then blk rumah ambil brg2 keperluan abg pulak.
“Macam ambulance aku tadi, laju. Smp2 kat hospital abg masih dalam OT, tu tgk dia tersengih2 kami dah ada dalam bilik wad sblm dia smp.
“Ramai concerns minta update so kakak share his condition sini ya.
“Macam dejavu plak pakai shower cap biru tu kan?” kongsinya.
Terdahulu, wanita ini turut berkongsi keadaan suaminya yang mengalami jangkitan serius akibat bisul sewaktu mendapatkan rawatan di hospital.
“As salam semua .. kakak nk share ni.. since rmai sgt yg dm, share sini ya.
“ptg tadi kakak tgk badan dia macam panas, demam dah ni.. pujuk ajak ke klinik.. tak mo katanya..sikit je ni..tapi dah merah bengkak dah oii..mau tak risau kita bini tgk.. nk tahan gitu je konon.
“Tetap berkeras tak nak, boleh tahan sakit katanya td siang ada ubat yg beli di farmasi, kakak paksa takut malam nanti lagi demam, ok dia dgr nasihat tp tu pun dia nak ke klinik je, eh tak yah pergi hospital terus la kot nak cuci ker apa.
“Sampai hospital, doc tgk dah serius.
Dah infection. Doc tanya dh brp lama?? Teruk dah ni. Terus Kena admitted dan nak kena operate untuk buang bisul yg dah serius tu. Kena korek doc kata . So now tgh prepare utk operation. Allahuakbar.
“Kalau ikutkan dia nak sapu krim je? Doakan operate nanti berjalan lancar ya utk AR @rahimr2,” tulisnya.
Di ruang komen, rata-rata netizen mendoakan agar pelawak ini diberikan kesembuhan.
Foto : Instagram Lily Khay
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI