Anak perempuan kepada penceramah Datuk Ustaz Kazim Elias berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Difahamkan, remaja berusia 18 tahun itu berjaya meraih kesemua gred A dalam mata pelajaran yang diambilnya.
Perkara itu dikongsikan Kazim menerusi Facebook miliknya.
“Alhamdulillah… tahniah buat anak..
“Terima kasih kpd guru2 yg mengajar anak saya..dan semua staf Sek. Men. Sains, Tapah, Perak,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, netizen turut berbangga dan mengucap tahniah diatas kejayaan tersebut.
Foto: Facebook Ustaz Kazim Elias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Rindu Lagu Ayda Jebat Eh Walaupun Benci.”
Penyanyi dan pelakon, mendedahkan bakal muncul dengan single baru tidak lama lagi.
Memberi pendedahan tersebut menerusi satu hantaran di Instagram, bintang ini juga seolah-olah memberi bayangan lagu yang bakal keluar merupakan satu lagu rancak.
“Ting! Ting! Ting! 1 year ago? Wow. Rasa macam sekejap je. Well.. siapa sangka Aladdin pandai rap sampai terjatuh Princess Jasmine.
“Rindu nak perform! Rindu my girls! Rindu my team! Rindu AJS!
“Oh. Next song nak lagu rancak kan? Dah rindu lagu Ayda Jebat eh walaupun benci. fine! Tunggu!
“Siapa boleh translate apa yang @iamsantesh rap tu dia pandai! Atau Santesh temberang kan kita je eh?,” tulis Ayda yang turut membuat hashtag #ParahParahiscoming, dipercayai tajuk lagu barunya nanti.
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“PM Kita Tetap Membumi, Saling Menjaga…,” – Video Spontan Ismail Sabri Bersembang Dengan 2 Kanak-Kanak Di Pondok R&R Tular, Zulin Aziz Tumpang Gembira
Satu perkongsian video menerusi Instagram hari ini yang memaparkan pertemuan mesra antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan dua kanak-kanak bersama bapa mereka di sebuah pondok di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lekas, mencuri perhatian ramai.
Meski dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, namun beliau dilihat masih sempat isi masa menyantuni rakyat.
Menerusi video spontan itu, Ismail yang sedang berjalan dan lalu berhenti di pondok terbabit untuk berborak anak-anak kecil yang sedang makan sambil bersama bapa mereka.
“Ternampak dua anak kecil ini sedang makan nasi lemak bersama bapa mereka di R&R Lekas.
“Teruja melihat telatah mereka yang comel dan petah berkata-kata,” tulis beliau di ruangan kapsyen.
Lalu sikap keprihatinan yang dipamerkan beliau disusuli dengan reaksi positif daripada pengguna Instagram di ruangan komen.
Rata-ratanya memuji sikap serta menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang gemar luang waktu bersama rakyat.
Sementara itu, hos dan pelakon Zulin Aziz turut sama tampil memuji sikap Perdana Menteri.
Menurut Zulin, dia sama-sama tumpang gembira sekali gus menyeru sikap sedemikian perlu diterapkan dalam diri golongan bergelar pemimpin.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Nahu Rindu ini dalam satu muat naik terbarunya di Instagram.
“Beginilah baru dinamakan Keluarga Malaysia. Walaupun berada di atas, Perdana Menteri kita tetap membumi dan saling menjaga antara satu sama lain.
“Zulin gembira sangat bila tengok video Perdana Menteri meluangkan masa sekejap walaupun sibuk dengan kerja seolah-olah tiada jurang antara kita.
“Budaya sebegini yang perlu diterapkan apabila dilantik sebagai pemimpin,” tulisnya.
Bintang berusia 31 tahun itu juga memuji konsep Keluarga Malaysia yang diterapkan Ismail.
“Konsep Keluarga Malaysia memang sesuai dengan keadaan sekarang ini. Kita perlu bersatu dan tak boleh pentingkan diri.
“Terima kasih Perdana Menteri di atas cinta dan kasih kepada keluarga Malaysia,” tulisnya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Sangat Tidak Logik,” – Babak Medikal Dalam Drama Melayu, Ini Reaksi Pakar Perubatan, Ada Yang Ketawa!
Tular sebuah video yang menampilkan reaksi sekumpulan pakar perubatan apabila dipertontonkan babak di hospital dalam drama Melayu.
Adengan yang merakamkan seorang pelakon terbaring di atas katil pesakit dengan keadaan intubated (tiub pernafasan dimasukkan ke dalam rongga pernafasan) namun masih mampu berkata-kata.
Hanya tertawa saat melihat babak tersebut, golongan cerdik ini bagaimanapun menafikan babak tersebut dan menyatakan seseorang dalam keadaan sedemikian sepatutnya tidak boleh bercakap.
“Kalau dilihat daripada klip ini, wanita ini jelasnya memerlukan mesin yang menghubungkan tiub di dalam mulutnya untuk bernafas, tetapi yang peliknya dia boleh bercakap,” ulas Doktor Liyana Dhamirah yang juga hos untuk My Doctors.
Keadaan ini juga diperakui oleh Pakar Bedah Ortopedik, Trauma dan Tulang Belakang, Dr Abd Shukor Mohd Hashim. Ulasnya, sekiranya seseorang mampu berkata-kata, dia tidak memerlukan tiub pernafasan.
“Biasanya pesakit yang intubated, tiub akan dimasukkan ke dalam pita suara ke bronkus. Pesakit tidak mungkin mampu bercakap seperti dalam babak ini.
“Kalau boleh bercakap, kita akan buang tiub tersebut. Kalau daripada segi perubatan, orang yang boleh bercakap sebegini, biasanya dia tidak perlukan tiub ini. Kami akan buka dan biarkan dia bernafas dengan sendiri. Ini sangat tidak logik,” jelasnya lagi.
malunya scene melayu kena gelak dgn doktor 😅 pic.twitter.com/GYQsJAUpV4
— anny (@cattiena) July 19, 2019
Reaksi Doktor di Youtube merupakan program yang menampilkan sekumpulan pakar perubatan untuk memberi pandangan berkaitan babak berunsur perubatan yang terdapat dalam drama dan filem Melayu dan antarabangsa.
Foto : Twitter Anny & Youtube Reaksi Doktor
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI