Pelakon yang juga ibu mentua kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Khaty Fauziah menzahirkan rasa syukur apabila menantunya itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
Bintang senior itu turut menitipkan ucapan tahniah kepada ahli politik tersebut yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I merangkap menteri.
Titipan tersebut dikongsikan Khaty menerusi satu hantaran di Instagram.
“Alhamdulillah.. Tahniah MENANTUKU !! Mommy bersyukur Allah SWT mendengar doa2 mommy, semua ahli keluarga, sahabat2 handai, rakan2 taulan serta penyokong2 diatas kemenangan dan seterusnya perlantikan DS @bungmoktar sebagai Tim. Ketua Menteri menteri Sabah (1) merangkap Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rakan artis serta pengikutnya di Instagram turut sama meninggalkan komen serta memberi ucapan tahniah buat ahli politik berusia 62 tahun itu.
Ads
Sementara itu menerusi perkongsian terdahulu menerusi platform sama, Khaty turut memberikan dedikasi sama selain mendoakan kesejahteraan menantunya itu.
Bintang popular era 1980-an, Datin Salwa Abdul Rahman, 57, kini kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu dan muzik yang lebih menerusi Makna.
Single berkenaan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Red Rahimad, Pown Hasril, Otromen, Aman Nassim dan Ariff Peter.
Menariknya, lagu yang diterbitkan COF Music itu turut menampilkan Salwa berkolaborasi dengan penyanyi dan rapper muda, Red Rahimad.
Salwa berkata, kemunculannya menerusi lagu berkenaan disifatkan sebagai rezeki selain akui kolaborasi bersama Red Rahimad sebagai pengalaman baharu buat dirinya.
“Kata orang rezeki memang tak salah alamat. Sebenarnya saya dah mula nak kurangkan pembabitan dalam bidang seni ini selain sudah kurang berminat nak keluarkan album atau lagu sebenarnya.
“Tapi, anak saudara saya iaitu Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim yang nak sangat saya untuk keluarkan lagu terbaharu bersama dengan Red Rahimad.
“Jadi, semangat itu datangnya daripada anak saudara saya sebenarnya. Kalau pada saya semangat untuk menyanyi tu sudah 50/50 tapi saya tetap buat ‘show’.
“Bila dah diberikan lagu dan lirik, saya tengok macam sesuai dengan jiwa walaupun ada penyanyi rap di situ. Tapi saya di bahagian yang lain iaitu dangdut.
“Lagu ini ada rentak latin pop dan dangdut sikit. Rasanya ia bersesuaian dengan saya. Pada mulanya saya ingat kena rap, rupanya tak ada. Jadi inilah bahagian saya dan hip hop pula Red Rahimad.
“Rasa teruja bila diundang untuk bernyanyi bersama Red Rahimad. Ia satu percubaan baharu dan kelainan dalam hidup,” katanya yang kali terakhir merakam lagu lebih enam tahun lalu.
Sekian lama tidak berada di studio, Salwa mengakui sedikit ‘gabra’ ketika proses rakaman dijalankan.
“Bila dah dapat lagu, lirik dan melodinya rasa terujalah pula. Saya pun memang lama tak masuk studio jadi gabra itu tetap ada. Tapi disebabkan ada kerjasama daripada penerbit, pencipta lagu dan anak saudara semangat itu datang balik.
“Kadang-kadang sebagai penyanyi ini bila dah masuk studio, semangat itu dah jadi lain. Jadi saya buat sebaik yang mungkin sebab dah diberikan kepercayaan. Pada saya ia satu pembaharuan bila kita bergabung dengan penyanyi rap ini.
“Alhamdulillah rakaman berjalan dengan baik dan tak memakan masa yang lama. Ia disebabkan rentak lagu ini dangdut hiphop berunsurkan latin pop jadi genre itu sama sahaja macam dangdut cuma dia ada latin sikit. Pada saya ia mudah untuk menghayati lagu ini,” katanya lagi.
Malah, isteri kepada kepada bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur, Datuk Subadron Abdul Aziz ini turut berterima kasih kepada suami dan anak-anak yang sentiasa menyokong kerjaya seninya dari mula sampai sekarang.
“Macam suami dia tak pernah mengongkong saya kalau nak masih nak menyanyi. Dia sentiasa memberikan saya semangat yang padu untuk meneruskan bidang seni ini. Itu salah satu sebab yang membuatkan saya gembira, tak tertekan dan anak-anak pun mengalakkan.
“Saya buat secara sukarela dan gembira. Insya-Allah mudah-mudahan ada rezeki, kerjasama daripada pihak wartawan dan kerjasama daripada pihak radio untuk putarkan lagu ini.
“Mungkin sampai masanya untuk berundur, saya akan berundur. Sebab saya tak adalah sampai ke tua nak menyanyi. Saya ada sasaran sendiri dan sampai masa akan berundur.
“Kepada peminat yang masih mengikuti perkembangan saya, inilah hadiah untuk mereka yang ingin mendengarkan suara saya yang terbaharu. Semoga peminat dapat terima dengan imej dan rentak baharu ini.
“Terima kasih kepada yang masih bertanya di media sosial, itu tandanya saya masih diminati, alhamdulillah. Harap lagu ini memberikan makna yang baik untuk saya,” katanya optimis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penutupan selama seminggu 16 stesen LRT dari laluan Kelana Jaya ke Ampang Park ternyata memberi kesan buat pengguna yang sentiasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu untuk bergerak ke tempat kerja.
Mengambil inisiatif membantu seorang wanita kelainan upaya penglihatan (OKU), pengacara dan penyampai radio Era, Nabil Ahmad berbesar hati menumpangkan individu berkenaan bersama anak perempuannya yang ingin ke sekolah pada pagi Khamis.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram Era.je, Nabil dilihat mengambil wanita tersebut yang setia menggunakan stesen LRT Ara Damansara untuknya bergerak ke tempat kerja.
“Pagi ini Nabil tolong hantar Puan Uma dan anaknya. Puan Uma ni OKU penglihatan dan setiap pagi selama enam tahun dia akan menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja.
“Satu benda hari ini yang kita belajar dengan Puan Uma, kita yang sempurna ni kena sentiasa belajar bersyukur dan kekurangan bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan seharian,” tulis admin Era.je di ruangan kapsyen.
Rata-rata netizen tersentuh melihat keikhlasan Nabil serta ‘kesusahan’ yang terpaksa dilalui wanita berbangsa India itu yang terkesan dengan penggantungan operasi LRT.
“Awwww baik la, semoga Allah balas jasa baik team Era dan Nabil. Teringat arwah atuk cakap jika kita senangkan kerja orang lain, Allah mesti tolong kita.
“Alhamdulillah, terima kasih Haji Nabil. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
“Bagus Haji Nabil, MasyaAllah semoga Allah permudahkan urusan awak dan diberkati hidup.
“I’m not crying… terharu sangat-sangat. Sangat tabah dan cekal Puan Uma ni.
“Terbaik Nabil. Semoga menjadi inspirasi kita untuk berbuat kebaikan,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, Rapid Rail pada Rabu memaklumkan pihaknya menggantung operasi stesen LRT melibatkan laluan Kelana Jaya selama seminggu bermula semalam.
Stesen LRT yang digantung operasi ialah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Era.je
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Juara Big Stage 2022, Elica Paujin mengakui sebahagian daripada hadiah kemenangan iaitu wang tunai sebanyak RM100,000 akan dihadiahkan kepada keluarga tersayang.
Menurut Elica, 23, baki selebihnya pula akan digunakan bagi keperluan komitmen seni selepas ini.
“Saya mahu berikan separuh pada keluarga. Selebihnya mungkin saya rancang untuk anjurkan satu persembahan (showcase) kepada peminat di Sabah memandangkan ada yang tidak dapat ke sini.
“Kiranya ia hadiah buat mereka juga kerana tidak putus-putus menyokong tiap minggu,” katanya.
Menghargai setiap sokongan peminat, peserta asal Tambunan, Sabah ini turut berterima kasih kepada semua pihak yang tidak jemu memberikan nasihat positif.
“Saya bersyukur kerana di luar sana ramai peminat yang kuat memberikan sokongan. Malah bila mendapat markah yang tinggi daripada barisan juri, saya rasa ia satu kejayaan yang besar juga.
“Sebelum ini saya tak pernah dapat markah 90 peratus dan ke atas. Bila mara ke pentas akhir, saya sudah cuba sehabis baik dan harap juri sukakan persembahan saya.
“Terima kasih buat mereka kerana sepanjang pertandingan, mereka sering berikan input dan nasihat buat kami demi memperbaiki mutu persembahan.
“Jujurnya saya merasakan mungkin peserta lain yang akan bergelar juara kerana di Big Stage, saya mahu jadikan ia sebegai permulaan untuk kembali ke dunia seni. Sebelum ini kan saya hanya aktif menyanyi di Sabah sahaja,” katanya.
Elica yang pernah muncul juara program Mentor Milenia 2017 ini juga tidak terlepas daripada berdepan cabaran menuju final.
“Saya tidak jangkakan apa-apa. Hanya mahu menikmati dan membuat persembahan sahaja. Sebelum ini saya dua minggu berturut-turut berada di kedudukan tiga terbawah. Jadi mental ada ‘kacau’ sikit.
“Rasa ‘down’ pun ada selain tidak tahu apa cara untuk kembali bangkit. Tapi syukur malam tadi saya mampu persembahkan sebagaimana yang dirancang,” katanya lagi.
Pada pentas akhir yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, itu, Elica membawakan dua buah lagu iaitu (Marsha Milan) dan Believer (Imagine Dragons) duet bersama Hael Husaini.
Elica berjaya mengumpul markah keseluruhan sebanyak sebanyak 78.93 peratus, mendahuli empat peserta lainnya untuk dinobatkan sebagai juara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz positif dengan menyeru para pengikutnya di media sosial untuk cuba berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...