Tahniah diucapkan buat pelakon, Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan yang bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan isterinya, menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram TV, baru-baru ini.
Menerusi rakaman tersebut, bintang Andainya Takdir itu pada awalnya masih tidak tahu akan jantina anak yang bakal lahir lalu diberi sebuah kotak besar yang berisi belon.
Lalu, dia dilihat tidak dapat menahan rasa gembira dan teruja selepas mengetahui belon berwarna biru itu tertera perkataan ‘baby boy’.
Aksi bapa kepada seorang cahaya mata itu turut disaksikan akli keluarganya yang lain.
Sementara itu, Tya menerusi ruangan kapsyen pula turut memanjatkan rasa syukur selain memaklumkan usia kandungannya kini sudah pun memasuki fasa trimester ketiga.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini turut tumpang bahagia dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Sebelum ini, Tya mendedahkan dirinya disahkan hamil sewaktu menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada November lalu dan pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaira Ameena yang kini mencecah usia empat tahun.
Foto: Instagram Tya Adnan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI