“Alhamdulillah… Terima Kasih Allah,” – Umar Dah Mula Pandai Berjalan, Hidayah Syukur Kegembiraan Anak Membesar Dengan Baik

Share

Bekas isteri kepada arwah Abam, Siti Norhidayah meluahkan rasa gembira apabila anaknya, Syed Uthman Hamzah kini sudah mulai pandai berjalan.

Anak tunggal kepada Allahyarham pelawak yang disayangi ramai itu sudah mencecah usia lebih setahun.

Di samping itu, Hidayah mendoakan agar anaknya membesar dengan baik sebagai seorang anak yang soleh.

“Moment my dear son Alhamdulillah, thanks to Allah. Hamzah already know how to walk. Falling and getting up is normal, learning process, Keep it up and you can do it.

“May God bless you and grow up to be a good child.Al-fatihah buat Syed Umar Mokhtar.. Aamin

#syeduthmanhamzahaljuffrey
#1stwalk
#alhamdulillah
#kitabaikramaisayang
#alfatihaharwahabam,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi kata semangat kepada ibu tunggal itu supaya cekal dan tabah menghadapi ujian hidup.

Sekadar informasi, arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar telah meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.

Jenazah arwah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak.

Video: Instagram Norhidayah

Published by
Nazar Rafiqhi