“Alhamdulillah Terima Kasih Kepada Suami, Keluarga…,” – Ramai Yang Sayang, Datin Alyah Kini Meniti Usia 40 Tahun

Share

Penyanyi Datin Alyah baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-40, Ahad lalu dan hari bahagianya itu turut diraikan keluarga, sahabat handai serta suami, Datuk Ramli MS.

Menerusi salah satu posting di Instagram penyanyi Meluruh itu, Alyah ada berkongsi sekeping foto bersempena dengan sambutan hari jadinya tahun ini.

“Alhamdulillah Terima kasih kepada suami, keluarga, adik-beradik, saudara-mara, sahabat peribadi, sahabat kerja, sahabat-handai, staff @alyahfragrance, staff @dapocikjah81, fans @alyah4ever, followers dan semualah ya merangkumi segala-galanya.

“Ucapan dan doanya dari korang buat saya sempena ulang tahun yang ke-40 ni.

“Besar Rahmatnya hanya Allah SWT sahaja Mampu membalasnya,” titip Alyah sambil menzahirkan rasa syukur dan terima kasih.

Malah, menerusi hantaran sama, Alyah turut berkongsi kisah di sebalik foto yang dirakam beramai-ramai bersama suami.

“Untuk gambar kat atas ni, pelik aku datang 1 kereta. Tetiba nak bergambar ikut SOP betol ya. Masalahnya dia sorang je penjarakkan di situ.

“Itu cerita Uncle Aqqil. Ni cerita Aqqil pula. Puas hati dapat tiup lilin cake Cik Jah kali ni. Dendam terbalas akhirnya,” tulisnya lagi.

Serentak dengan itu, para peminat dan rakan artis lain turut menitipkan dedikasi sama buat bintang kelahiran Gelang Patah, Johor ini. 

Foto: Instagram Datin Alyah

Published by
MH