Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menyambut kedatangan tahun baru 2024 dengan menunaikan umrah di Tanah Suci.
Turut berada di sisinya di dalam rombongan berkenaan termasuk ahli keluarga bersama anak lelakinya,Noah Aidan Sinclair dan suami tercinta, Tiko Aryawardhana.
Malah momen indah mereka turut dikongsikan BCL buat tatapan umum di platform Instagram.
“Alhamdulillah… umrah di malam terakhir di tahun 2023. Thank you 2023, its been amazing. Happy new year,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan pantas menjadi sorotan warganet dan ada di antaranya yang mendoakan semoga mereka meraih umrah mabrur dan dipermudahkan urusan.
Foto berkenaan sehingga kini menerima lebih 500,000 tanda suka.
Ads
Terdahulu, BCL dan Tiko selamat diijab kabulkan di Resort Amankila, Bali, Indonesia pada 2 Disember lalu.
Menerusi majlis akad nikah berkenaan, BCL menerima mas kahwin bernilai sekitar 212 juta rupiah (RM63,000).
Ads
BCL sebelum ini bernikah dengan pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.
Jodoh tidak panjang, Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hari ini merupakan hari kelahiran Allahyarham anak Linda Rafar iaitu Memen atau Rezaimin Keifli yang ke-16
Susulan itu, Linda muat naik foto mengucapkan selamat hari lahir buat anaknya itu.
“Happy Bday To Arwah Memen ke-16 tahun. Moga Memen tenang di sana. Al-Fatihah,” tulisnya.
Di ruangan komen, kelihatan ramai yang turut sama menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Memen.
Memen meninggal dunia pada Julai 2014 kerana kanser perut dan anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman. Linda kini berkahwin dengan pelakon, Syed Aiman dan dikurniakan 3 orang anak bersama.
Foto/Instagram: Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah, Aina Abdul mengakui pernah menjalin hubungan cinta dengan lelaki berdarah kacukan Malaysia-Filipina, namun hubungan tersebut terhenti di tengah jalan selepas masing-masing membawa haluan.
Pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani berkata, sejak putus cinta dengan jejaka berkenaan, dia belum terfikir untuk mencari pengganti sehingga hari ini.
“Lepas putus, kami tak berhubung dan masing-masing bawa haluan. Saya akan cuba untuk ingat memori lama, mahu rasa kesedihan itu, jadi saya tengok Instagram dan Facebook dia.
“Dia kini dengan siapa dan jika ada gambar bersama wanita lain dengan gaya mesra, mungkin dia sudah temui penggnati saya,” kata Aina kepada MH.
Aina akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 pada Ahad ini mempertaruhkan lagu Sumpah hasil ciptaannya sendiri.
Terdahulu, Aina ditemui di majlis pelancaran kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep di IOI Mall, Putrajaya pada Jumaat.
Bertemakan Realisasikan Impian Anda, kempen tersebut bakal memilih 12 pemenang bertuah untuk ke 12 destinasi pelancongan menarik selama tiga hari, dua malam di Bali, Hanoi, Jeju, Istanbul, Sydney, Beijing, Tokyo, Perth , Maldives, Jeddah, Almaty dan Borocay.
Pertandingan tersebut akan berlangsung setiap bulan untuk 12 bulan berturut-turut.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad akui tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan oleh segelintir pihak gara-gara lantang bersuara mengenai isu ganguan seksual terutamanya melibatkan kanak-kanak sejak akhir-akhir ini.
Menurut Uyaina, kecaman tersebut tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.
“Saya berada di dalam industri ini bukannya baru semalam. Orang boleh berkata apa sahaja, saya sudah lali. Kadang kala, bila kita tak ambil tahu, ada juga baiknya.
“Setiap kecaman, makian, kritikan dan kutukan, saya terima. Saya tak serik untuk bersuara lagi,” katanya kepada MH.
Pengacara program Wanita Hari Ini itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36 di Courtyard By Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada masa sama, Uyaina turut mengulas mengenai sikap segelintir pihak yang masih mempertahankan tindakan ‘Abang Bas’ yang sebelum ini ditahan atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak terhadap kanak-kanak perempuan.
“Pada saya, ini adalah cabaran untuk mendidik masyarakat. Saya bukan nak suruh orang dengar cakap saya sebab saya ada latar belakang dalam bidang perundangan.
“Tak perlu jadi peguam pun untuk bercakap tentang perkara ini. Kita kena ada otak sahaja. Perkara ini sudah ada di dalam akta dan bukan saya yang gubal akta tersebut.
“Apa yang individu itu lakukan adalah salah di sisi undang-undang. Siapa saya untuk bercakap sesuka hati? Saya cakap berdasarkan fakta.
Ditanya mengenai reaksinya bila ada pihak yang memberikan sumbangan untuk mengumpul wang ikat jamin ‘Abang Bas’, Uyaina berpandangan setiap orang berhak mendapatkan pembelaan.
“Itu duit mereka. Saya selalu percaya, seseorang itu tidak bersalah selagi belum dijatuhkan hukuman. Ini adalah undang-undang yang terpakai untuk semua orang.
“Alhamdulillah, ada peguam yang mahu mengambil kes dan membela ‘Abang Bas’ secara probono. Itu adalah hak asasi yang perlu diberikan kepada semua orang.
“Kita berhak mendapatkan peluang untuk mempertahan diri sendiri. Saya tidak menjatuhkan hukuman kepada ‘Abang Bas’. Itu adalah tugas mahkamah. Saya di sini hanyalah untuk memberi kesedaran,” akhirinya.
Sebelum ini, Uyaina meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang pemandu bas yang merakam video pelajar sekolah.
Menurutnya, perbuatan tersebut dilihat boleh menyumbang kepada jenayah melibatkan kanak-kanak.
Pemandu bas lebih dikenali sebagai ‘abang bas’ itu didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan namun dibebaskan semalam dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.
Rentetan itu, keluarga ‘Abang Bas’ melahirkan hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka sebelum ini.
Antara nama ‘dipetik’ netizen ialah Uyaina dan Diana Danielle kerana dilihat lantang bersuara mengenai isu berkaitan Abang Bas dalam media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!