“Alhamdulillah,Bijak!,”- Tomok Kongsi Video Anak Hafal Ayat Kursi, Peminat Ucap Syukur

Share

Terharu apabila penyanyi, Tomok merakam detik indah apabila anak-anaknya, Arrian Shah Akid,6, dan Andrashah Iman,4 ,menghafal ayat suci Al-Quran.

Momen tersebut dikongsikan Tomok apabila Arrian memulakan ayat pertama dan diikuti Andra.

“Semoga di permudahkan perjalanan anak-anak ku di dunia dan akhirat .

insyaallah pelan-pelan kita kayuh..ALLAH ada..dia akan bantu kita,” tulisnya yang merupakan suami kepada Rahayu Abu (kahwin pada Julai 2011).

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 100,000 tontonan dan dihujani komen dari netizen.

Untuk makluman, Ayat Kursi merupakan ayat paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas.

Malah, ayat ini juga merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim.

Video : Instagram Tomok

Published by
Amynur Akmal