Penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza menyatakan rasa leganya sejurus membuat persembahan sebagai artis jemputan pada konsert maestro muzik dunia, AR Rahman iaitu Konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.
Sambil memanjatkan rasa syukur, bintang popular itu turut teruja menyaksikan reaksi hampir 70,000 penonton yang menonton secara langsung di stadium.
Reaksi spontan Siti itu dikongsikan pengurusnya, Rozi Abdul Razak menerusi satu hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram.
“Alhamdulillah… Lega Kak Zie (Rozi). Bila Siti dekat atas pentas itu, ketika nota pertama sudah betul, semua okay.
“Sudah tentu nervous. Gila tak nervous. Seronok tengok penonton semua bangun, standing ovation. Alhamdulillah,” kata Siti.
Ads
Menerusi video sama, Rozi turut berkongsi persiapan terakhir Siti sebelum membuat persembahan dengan lagu Munbe Vaa.
Sementara itu, penyanyi lagu Anta Permana ini menerusi platform sama turut memberikan dedikasinya susulan kejayaan konsert figura ternama dari India itu.
“Malam sejuta kenangan, sebagai penyanyi, saya ada impian dan angan-angan namun saya jadikan sebagai harapan.
“Malam ini, harapan saya ingin sepentas dengan idola dan legenda muzik dari India @arrahman telah tercapai. Ini merupakan satu penghormatan buat saya.
Ads
“Berdebar tetapi dalam masa yang sama teruja, gembira, terharu dan bahagia. Melangkah tahun ke-27 saya di dalam industri muzik, membuka tirai tahun 2023, saya mulakan lembaran portfolio karier seni saya dengan catatan peribadi untuk impian yang menjadi kenyataan.
“Terima kasih kepada seluruh penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil…yang telah memberikan saya semangat dari mula menyanyi hingga ke akhir lagu Munbe Vaa tadi. Anda semua memang best,” tulis Siti yang baharu sahaja menerima anugerah di World MuslimPreneur Awards 2022.
Terdahulu, persembahan Siti di dalam acara tersebut turut menjadi buah mulut ramai sehingga klip persembahannya (fancam) banyak kali dikongsikan di media sosial, sejak malam tadi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai umat islam, sudah semestinya kita tidak boleh lupa kepada rukun iman yang ke-3 iaitu membaca kitab suci Al-Quran.
Pelakon, Norman Hakim merupakan duta kepada program World Quran Hour tahun ini dan dirinya turut sedar dalam menyampaikan mesej buat senua agar terus mencintai kitab suci Al-Quran.
Norman ketika ditemui pada program World Quran Hour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor, pada Khamis memberitahu, dia gembira atas sambutan yang diberikan untuk projek murni ini berbanding tahun sebelumnya.
“Saya selaku duta Quran Hour dapat melihat sesuatu perubahan yang lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas.
“Jadi pada saya ini adalah sesuatu yang perlu sama-sama kita meraikan dan kita sokong dan saya mengalakan atau mengajak kepada semua sama-sama untuk mencintai Al-Quran, supaya kita sentiasa dibarakahi oleh Allah S.W.T, kehidupan kita duniawi dan ukhrawi,” katanya kepada MH.
Di samping itu, pelakon berusia 43 tahun itu juga berharap ramai rakan selebriti untuk tidak bersikap mengabaikan kitab Al-Quran.
“Saya tidak layak untuk menasihati sebenarnya tapi saya berharap ia akan membuka lembaran baru kepada bukan setakat keluarga terdekat, tapi masyarakat di luar sana dan bersama sekali dengan rakan-rakan selebriti yang lain.
“Mungkin mereka mempunyai pilihan untuk tidak mengwar-warkan, tetapi saya mengambil ini sebagai satu platform dakwah kecil untuk menyampaikan seterusnya mempelawa ramai untuk sertainya.
“Tapi saya rasa kalau lebih ramai selebriti yang terlibat, maka lebih besar dakwah yang kita boleh capai,” kata Norman kepada MH.
Stacy ada berkongsi sedutan rakaman yang merakamkan dirinya yang dijemput sebagai pembaca berita bagi projek Komuniti Awani yang bersiaran sebentar tadi menerusi saluran Awani 501.
Maklumnya, dia mengakui bukan suatu tugas mudah untuk menjadi pembaca berita dan bernasib baik kerana ia dilakukan secara rakaman.
“Pertubuhan jadi persetubuhan saya sebut. Bukan senang mau baca berita tau terbelit2 lidah mau kejar tu ayat.
“Ini lah antara behind the scene yang tersalah. Nasib baik bukan live. Anyway, siapa yang ada tengok komuniti awani tadi?
“Bagi siapa2 yang terlepas boleh tengok besok dengan lusa ada lagi tau masa seperti biasa 8.15pm di astro awani @501awani saluran 501,” tulisnya.
Terdahulu, segment istimewa itu menampilkan selebriti popular sebagai pembaca berita. Antaranya yang pernah terlibat di dalam program tersebut ialah Datuk Seri Nurhaliza, Misha Omar dan ramai lagi.
Foto: Instagram Stacy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai seorang pelakon, pastinya mereka akan mendalami setiap watak yang dibawa.
Begitulah yang dialami pelakon baru, Sefik Khair ketika bergandingan dengan pelakon Datin Diana Danialle untuk sebuah drama Mencari Maradhatillah.
Namun lain pula jadinya apabila ada yang lebih ‘gemar’ memberi tumpuan kepada pergerakan tangan Sefik yang dianggap seolah-olah meraba tubuh badan Diana.
Video tersebut memaparkan aksi mereka berdua melakonkan watak dengan penuh emosi dalam satu babak untuk drama tersebut.
Bagaimanapun, netizen telah melontarkan pendapat masing-masing mengenai video tersebut.
Dalam pada itu, ada juga yang memuji lakonan mantap mereka berdua yang penuh dengan emosi.
Nyata, bergelar pelakon ini bukan mudah seperti yang disangkakan. Mereka perlu bermain dengan emosi dan ekspresi muka bagi ‘menghidupkan’ setiap watak.
Video: Instagram Diana Danialle, Safik Khair
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!