Tahniah diucapkan penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice selepas isterinya, Farra Inalis telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Ahad.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli menerusi sebuah hantaran di Instagram.
“17 Mac, Alhamdulillah, Lil Cappy telah dilahirkan. Salam Malaysia, piew piew,” tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan itu, penyanyi lagu Takde Hal Bro ini dilihat teruja menatang anaknya yang baru sahaja dilahirkan itu.
Bagaimanapun, Caprice masih belum mendedahkan jantina dan wajah penuh bayi yang diberikan jolokan nama Lill Cappy itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti minitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga anaknya itu membesar dengan baik dan sihat.
Sementara itu, menerusi hantaran di ruangan komen, Caprice turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah pun menitipkan doa yang baik buat keluarganya itu.
“Terima kasih untuk segala doa, ucapan dan kata-kata yang baik. Baru sempat baca semua. Ia sangat bermakna buat kami,” katanya.
Sekadar informasi, Caprice dan Farra telah mendirikan rumah pada November 2021.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Farra mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Aleesya Sofea.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
.Sumber & Kredit Foto: Instagram Caprice