Ali yang cukup sinonim namanya sebagai vokalis kumpulan XPDC yang berdepan insiden disambar api baru-baru ini ketika sedang membakar sampah di belakang rumahnya di Klang, Selangor ada berkongsi perkembangan terkini dirinya.

Menerusi satu hantaran di Facebook milik Ali atau nama sebenarnya, Mohd Ali Ismail, dia yang kini lebih fokus kepada aktiviti keagamaan itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, termasuk penyanyi Datuk Awie dan rakan-rakan yang sempat menziarahi.

“Alhamdulillah syukur. Jazakallah khairo kasiro.kepada sahabat2 sayap2 wings dan group wings motor society dan semua yg hadir semalam.

“Terima kasih dàto Awie dan kumpulan wings. Moga Allah swt berkhati dan rahmati kalian semua. Inilah satu jalinan ukhwan dan silaturahim sesama umat.

“Moga kekal hingga ke akhir hayat dan moga Allah swt pertemukan kita semua nanti di syurga Allah.. aamin ya rob.. alhamdulillah syukur,” tulisnya di selangi dengan beberapa tanda palang.

IKLAN

Alhamdulillah syukur..Jazakallah khairo kasiro.kepada sahabat2 sayap2 wings dan group wings motor society dan semua yg…

Posted by Mohd Ali Ismail II on Wednesday, June 24, 2020

 

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan, dapat dilihat keadannya kian beransur pulih.

Bagaimanapun, bintang legenda berusia 52 tahun ini masih perlukan rawatan susulan.

Ini kerana, difahamkan dia masih sakit selain tidak boleh berdiri lama kesan ketegangan tisu-tisu kulit yang terbakar.

IKLAN

Lalu, kenalan kini giat mengumpul dana bagi membantu kos rawatan lanjutan buat Ali, mendoakan agar bintang ini dapat sembuh seperti sebelum ini.

MaklumanBantu Insan Berhijrah Yang Di Uji Allah.162106484056MaybankMohd Ali Bin Ismail (Ali Xpdc atau Ali…

Posted by Ali Russia on Wednesday, June 24, 2020

Para peminat turut berharap agar segala urusan Ali dipermudah selain menitip doa buatnya agar segera sembuh.

IKLAN

Terdahulu menerusi Harian Metro, Ali menjelaskan dia terpaksa dikejarkan ke klinik tapi disaran ke hospital kerana kecederaan yang dialami dalam kejadian pada 26 Mac lalu.

“Api cepat menyambar tangan dan muka saya. Letupan kuat ketika itu turut mengejutkan isteri dan anak-anak,” katanya seperti yang dipetik.

Menerusi laporan tersebut, Ali difahamkan sedang membakar sampah di belakang rumahnya sebelum api menyambar bahagian muka dan tangan apabila dia menggunakan petrol.

Sementara itu, insiden yang dialaminya turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Dr Daroyah Alwi yang hadir menyerahkan bantuan bagi meringankan beban, selain beberapa pihak lain.

Foto: Facebook Mohd Ali Ismail, Ali Russia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI