Pelakon dan model, Alica Amin mengesahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama doktor perubatan, Farzan Iqbal.

Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang secara baik dan mereka kini memutuskan untuk menjadi kawan sahaja.

“Betul, kami dah bercerai secara baik. Kami pergi mahkamah sama-sama dan dia lepaskan saya dengan talak satu.

“Selepas hidup bersama sebagai suami isteri lebih kurang setahun, kami lebih mengenali diri masing-masing dan selepas perbincangan (untuk bercerai), kami selesa sebagai kawan sahaja,” katanya.

Meski masih mempunyai perasaan sayang, Alicia bagaimanapun akur dengan ketentuan.

Ads

Alicia Amin Cerai Talak Satu; Kami Pergi Mahkamah Sama-Sama Dan…”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

Ads

“Kami masing-masing dah dewasa. Kami kahwin cara baik dan berpisah pun cara baik. Saya masih sayangkan Farzan dan dia seorang lelaki yang baik tetapi, jodoh sampai sini sahaja.

“Saya tak nak buruk-burukkan bekas suami kerana itu bukan cara saya. Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Ads

“Dia selalu di klinik sebab kerja sebagai doktor, saya pula selalu ke sini ke mari disebabkan kerja sebagai pelakon dan model.

“Saya berada di Bali, Indonesia selama lebih kurang sebulan dan selepas pulang, sudah fikir habis bahawa sampai di sini sahaja jodoh di antara kami. Dia dah keluar dari rumah cara baik dan saya doakan yang terbaik buatnya,” kata Alicia lagi.

Terdahulu, Alicia mendirikan rumah tangga dengan Farzan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Februari tahun lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI