Setelah tiga tahun mengendalikan rancangan Muzik-Muzik, hos Sherry Alhadad dan Haziq Husni tidak akan lagi menjadi pengacara untuk musim yang terbaru, Muzik-Muzik 36.
Menerusi siaran langsung Muzik-Muzik 36 malam Isnin, pasangan hos ini memaklumkan untuk musim seterusnya, program tersebut bakal dikendalikan hos baru, Alif Satar dan Daiyan Trisha.
“Terima kasih kerana memberikan kepercayaan. Muzik-Muzik banyak mengajar saya untuk menjadi pengacara yang lebih matang,” jelas Sherry.
Sebelum ini, Sherry dan Haziq bersama-sama mengemudi program hiburan ini selama tiga musim berturut-turut bermula Muzik-Muzik 33 sehingga 35.
Rancangan Muzik-Muzik bersiaran pada setiap hari Isnin, jam 11 malam di saluran TV3.
MH ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Alif dan Daiyan!
Foto: Carian Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kecoh ‘Speku’ Prince William Curang Bagai Ikut Perangai Si Bapa? Tapi, Siapa Gerangan Wanita Ketiga Tu?
Nampaknya impian rakyat melihat kesetiaan Prince William dan isteri hingga akhir hayat seperti bakal hancur berkecai.
Ini kerana, timbul desas desus mengatakan telah munculnya orang ketiga yang yang dikenali Rose Hanbury dalam keluarga harmoni diraja itu, sejak minggu lalu.
Malah lebih sensasi, wanita berkenaan juga difahamkan sebagai teman baik Kate Middleton sendiri!
Menurut sumber, pasangan diraja ini sedang bergelut dengan institusi perkahwinan mereka selepas Kate dapat menghidu kecurangan William sewaktu dia sedang hamil Putera Louis.
Malah, pasangan ini juga didakwa telah berbincang mengenai soal penceraian.
Bagaimanapun dari satu sumber lain, Will dan Kate dikatakan akan bertegas seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan berita tidak sahih itu.
Apa pun, jom selidiki siapakah gerangan Rose Hanbury. Ini antara fakta menarik mengenainya.
– Rose Hanbury telah mendirikan rumah tangga dengan David George Philip Cholmondeley, 7th Marquess of Cholmondeley, 58, dan mempunyai tiga anak, Alexander (the Earl of Rocksavage), Oliver (Lord Cholmondeley) dan Lady Iris.
– Pasangan ini bertemu ketika sedang bercuti di Itali pada 2003 dan berkahwin pada Jun 2009 selepas mengandung anak pertama.
– Difahamkan, kediaman pasangan ini hanya empat kilometer daripada kediaman Kate-William.
– Nenek Rose merupakan teman rapat Ratu Elizabeth dan pernah menjadi pengapitnya pada 1947 sewaktu perkahwinan dengan Putera Philip.
– Pernah terlibat dalam dunia peragaan dan Rose merupakan bekas model di bawah agensi Storm.
– Menurut sumber, kekayaan terkumpul keluarga suaminya bernilai lebih RM400 juta. Wow bukan?
Foto : Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Terlalu Gembira Kerana Kura-Kura Itu Adalah Kita, “ – Zulkifli Ismail
Hampir bebas selepas hampir empat bulan terkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktor Zulkifli Ismail menasihati agar rakyat Malaysia tidak terlalu teruja akan pelepasan yang diberikan pihak kerajaan.
Jelasnya, kita diibaratkan sebagai kura-kura tanpa cengkerang yang mudah terdedah dengan risiko sementelah negara masih lagi mencatatkan 31 jumlah pesakit hari ini.
“Virus Covid-19 masih ada. Jangan terlalu gembira kerana kura-kura itu adalah kita.,” kongsinya.
Hampir enam bulan sejak kes pertama dicatatkan, Malaysia mencatatkan perkembangan positif apabila kes jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan.
Dan kini, Malaysia melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020 selepas menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.
Foto : Instagram Zulkifli Ismail
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenapa Pilih Hady Mirza Jadi Hos Dansa Dan Sing? Ini Alasan Astro
Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Emarina Kamal menyifatkan pemilihan Juara Gegar Vaganza 6, Hady Mirza sebagai rakan hos bersama Sherry Al Hadad menerusi program hiburan realiti terbaru, Dansa Dan Sing sebagai pemilihan tepat, khasnya dari segi lontaran suaranya yang jelas dan baik.
Katanya lagi ketika sidang media, selain Hady beberapa selebriti lelaki turut dipelawa menyertai sesi uji bakat dengan menghantar video berkaitan sebelum pihak produksi sepakat memilih bintang asal Singapura itu.
“Kami bersama pihak produksi ada berbincang untuk memilih siapakah yang akan menjadi rakan hos kepada Sherry.
“Asasnya, kita mempunyai beberapa program yang ‘back to back’, misalnya Big Stage, Gegar Vaganza dan sekarang ada Dansa Dan Sing.
“Jadi kita ingin mencuba rakan hos yang baru, di mana ada beberapa juga hos lelaki lain yang telah diuji bakat menerusi video. Bila sudah dinilai, kami ‘listkan’ kembali dan akhirnya sebulat suara memilih Hady Mirza untuk digandingkan bersama Sherry Al Hadad,” jelas Emarina.
Ditanya mengenai prestasi pengacaraannya pada minggu pertama konsert, Emarina mengakui pada peringkat awal, bintang itu kelihatan sedikit gementar namun ia kian baik pada pertengahan program.
“Ya, dia belum pernah mengacara sebelum ini, tetapi lontaran suaranya seperti mana yang dinilai ketika sesi uji bakat video ia agak tepat.
“Tetapi sudah tentu buat pertama kali semuanya rasa gementar, termasuk juga produksi.
“Bagaimanapun pada pertengahan konsert minggu pertama, dia mulai lakukan tugasan dengan baik dan punya keserasian bersama rakan hos,” katanya lagi.
Pada masa sama, Hady juga akan diberikan kelas latihan mengacara bagi memantapkan skil pengacaraannya selepas ini.
Terdahulu, Hady ketika ditanya MH mengenai percubaan kali pertamanya untuk menjadi pengacara bagi sebuah program hiburan yang bersiaran secara langsung akui rasa gementar tetapi akan cuba berikan yang terbaik selepas ini.
“Bila secara langsung, rasa gementar itu tidak dapat elak. Saya tidak tahu apa jangkaan dan bila diminta untuk panjangkan lagi percakapan saya tidak biasa.
“Berbeza dengan Sherry dan sudah tentulah saya banyak bergantung kepadanya.
“Saya yakin boleh buat yang lebih baik. Pertama kali kendali rancangan secara langsung sebesar ini dan sudah tentu tidak boleh jangka ia sudah yang terbaik,” katanya yang turut percaya pada rezeki.
Terdahulu, nama rakan hos bersama Sherry belum diumumkan ketika sesi sidang media sebelum ini dan hanya didedahkan ketika minggu pertama konsert berlangsung.
Saksikan Dansa Dan Sing secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam di Astro Ria dan Ria HD setiap Ahad jam 9.00 malam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI