Penyanyi dan pelakon Alif Satar kini berada di kota Mekah menunaikan ibadah umrah bersama rakan bandnya, The Locos.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Alif, 32, sempat memuat naik momen manisnya di sana saat bertemu dengan pendakwah popular dunia, Mufti Menk.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu tidak menyangka dia dikurniakan rezeki untuk bertentang mata dengan pendakwah tersebut dalam lautan manusia yang sama-sama beribadah di sana.
“Saya sedang menonton IG Live Mufti Menk dan terus berlari ke masjid untuk mencarinya.Saya tahu ia pastinya sukar untuk bertemunya dalam lautan manusia yang ramai.
“Siap tanya cleaner ada jumpa Mufti Menk tak tapi dia (cleaner) cakap dia tak perasan (kehadiran Mufti Menk).
Ads
“Dalam hati saya cakap, InsyaAllah kalau ada rezeki untuk saya bertemu dengan Mufti Menk, Allah akan permudahkan.
“Lepas itu, betul-betul Mufti Menk muncul dan solat di sebelah saya, Allahuakbar.
“Ia merupakan satu penghargaan dapat jumpa anda secara depan-depan Mufti Menk.
Ads
“Terima kasih untuk segala video ceramah dan motivasi anda, yang mana sangat-sangat membantu dalam saya melalui masa-masa yang sukar… semoga Allah permudahkan segala urusan, Mufti Menk, amin,” tulis Alif di ruangan kapsyen.
Entri yang dimuat naik oleh Alif itu kemudiannya dibalas Mufti Menk, “Semoga Allah sentiasa merahmati anda dan orang yang anda saya.Amin.”
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski baru berusia enam tahun, namun kecekalan dan keberanian anak sulung kepada pasangan selebriti, Datin Diana Danielle dan Datuk Farid Kamil iaitu Muhammad telah ‘membuka mata’ ramai pihak.
Mana tidaknya, Muhammad atau mesra dengan panggilan Che Mad nampaknya kini sudah berjinak-jinak dalam aktiviti sukan ekstrem iaitu Motor Cross.
Malah, Farid ada memuat naik video yang melihatkan aksi Che Mad menunggang motorsikal dengan handal.
“Babah bangga rasa nak menangis pun ada juga Abang Chemad you are my Rokkie buddy,” tulis Farid.
Malah sebelum ini, Che Mad turut bertanya kepada Farid bila mahu membelikan motorsikal untuknya.
Selain berkebolehan dalam sukan bola sepak, Che Mad nampaknya begitu teruja ketika Farid memakaikan alat keselamatan sebelum melakukan aktiviti tersebut.
Pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann reda apabila impian untuk mengadakan majlis kesyukuran menyambut kehadiran cahaya mata sulung selepas setahun berkahwin tidak kesampaian.
Menurut Janna, majlis yang berlangsung di Marriott Hotel Putrajaya malam tadi sebenarnya sudah tertangguh sejak setahun yang lalu.
“Majlis di hotel ini sepatutnya menjadi majlis resepsi kami pada tahun lepas. Kami sudah membuat pembayaran penuh dan baju juga sudah siap sejak tahun lalu.
“Namun, kami tangguhkan dahulu kerana kami sangat hargai majlis perkahwinan yang pertama. Kami rasa tak perlu ada majlis kedua.
“Bila sudah bayar, kita tak boleh minta wang kembali. Kami tangguh dengan harapan ia akan menjadi majlis baby shower atau aqiqah,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, bekas pengacara program Melodi ini juga berharap agar kehadiran keluarga terdekat dan rakan selebriti dapat menjadi asbab hasratnya untuk menimang cahaya mata akan termakbul.
“Namun, selepas setahun, kami masih belum mendapat perkhabaran gembira itu.
“Jadi, bila kami adakan majlis resepsi kedua ini, para tetamu yang hadir akan sama sama mendoakan kehadiran malaikat kecil di dalam perut saya.
“Dalam ramai-ramai tetamu yang hadir, kita tak tahu doa siapa yang akan diangkat,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Dini percaya Allah SWT telah pun menyusun aturan yang cantik buat mereka.
“Kami sangat bersyukur bila tetamu yang hadir turut mendoakan zuriat kami. Itulah perkara yang kami nak sangat.
“Pada masa sama, kami sentiasa ingatkan satu sama lain untuk tidak putus harapan dan percayakan perancangan Allah,” ujarnya.
Pada masa sama, Janna turut mengakui dia sememangnya meletakkan harapan yang tinggi untuk bergelar seorang ibu.
“Saya memang nak sangat ada zuriat sendiri. Dalam kerjaya dan kehidupan, saya sudah stabil serta meraih segala yang saya inginkan.
“Tiada perkara yang saya nak capai lagi selain menjadi seorang ibu,” akhirinya.
Terdahulu, majlis yang berlangsung meriah malam tadi turut diserikan lagi dengan persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Syamel, Ernie Zakrie dan Dayang Nurfaizah.
Janna dilihat anggun mengenakan gaun putih manakala Dini pula segak dengan sepersalinan sut hitam.
Sekadar informasi, Janna dan Dini telah mendirikan rumah tangga di Langkawi, Kedah pada 10 Jun 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terlibat dalam bidang perbankan dan agensi insuran sebelum ini, Farah Syuhada Shamshul, 28, tidak menafikan penampilannya yang tampak yakin menyebabkan dia pernah dipelawa untuk terjun secara serius dalam dunia lakonan.
Malah, Farah yang sebelum ini pernah mencapai tahap ‘Million Ringgit Agency’ bagi dua tahun lalu akui, pelawaan yang diterimanya itu adalah kerana dia dikatakan memiliki ciri pelakon yang boleh diasah bakatnya.
“Jujurnya saya berminat tetapi belum pernah mencuba. Malah saya sendiri tidak mempunyai pendedahan terhadap industri seni juga. Namun saya tidak menafikan, sebelum ini ada kali klien menawarkan peluang untuk hadiri uji bakat lakonan beberapa kali.
“Cuma pada ketika itu, saya masih belum bersedia dan mungkin kerana komitmen padat pada ketika itu membuatkan percubaan itu tersekat. Pada masa sama, saya seorang ‘introvert’. Jadi tak pasti sejauh mana lakonan sesuai dengan saya atau sebaliknya.
“Sekarang saya fokus kepada industri ‘food and beverage’ (f&b) menerusi kafe Farine & Sucre. Jadi buat masa sekarang inilah cinta dan keutamaan saya. Siapa tahu bila tiba masa yang sesuai, saya yakin untuk terlibat dalam seni selepas ini, insya-Allah,” katanya.
Mengulas mengenai kafe yang diusahakan bersama adiknya, Farra Sofea Shamshul, 21, Farine & Sucre yang bertemakan hidangan Perancis ini menawarkan menu enak sambil menjanji keselesaan buat pengunjung.
“Visi kami adalah untuk berkongsi keterujaan para pelanggan melalui makanan berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik dalam keunikan suasana yang berbeza.
“Sementara misi kami pula, untuk memberikan pelanggan suatu lokasi yang dapat mencipta momen istimewa dengan menawarkan seleksi makanan bertemakan inspirasi Parisian, perkhidmatan dan suasana baharu kepada masyarakat,” katanya.
Terletak di Seksyen 7, Shah Alam, kafe unik ini juga terbuka untuk menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan lepasan universiti dan mereka yang tiada pengalaman berkerja untuk sama-sama membina jenama ini bersama mereka.
“Farine & Sucre bermaksud tepung dan gula dalam bahasa Perancis. Ia sangat bersesuaian dengan tema kami, memandangkan kami terinspirasi dengan konsep cafe ala Perancis yang cukup terkenal dengan keenakan pelbagai hidangan pastri.
“Malah di sebalik nama tersebut, ia terselit nilai sentimental, kerana ia berkait rapat dengan huruf pertama pada nama kami berdua iaitu Farah Syuhada dan Farah Sofea,” tambahnya.
Berkongsi mengenai hidangan tanda kenal (signature dish), Farine & Sucre memperkenalkan aneka pencuci mulut (dessert) yang sebahagiannya di import khas dari Perancis.
“Kami terdorong menghidangkan makanan dengan kualiti terbaik, harga munasabah yang bersesuaian dengan permintaan. Malah, sebahagian daripada dessert yang kami sediakan di kafe diimport khas dari Perancis, seperti macarons, baguettes dan chocolate roll!
“Ini kerana sebahagian pencuci mulut iaitu macarons misalnya, perlu melalui proses pembuatan yang rumit dan kami mahu memastikan hidangan yang disediakan di sini hanya yang terbaik dan berkualiti tinggi,” katanya lagi.
Selain hidangan tanda kenal Macarons yang dibawa khas dari Perancis, Pavlova dan Peach strudels juga menjadi antara daya tarikan utama di kafe ini selain pelbagai pilihan pastri.
Malah, minuman istimewa juga tersedia termasuk minuman penyegar yang diolah berkonsepkan figura puteri-puteri Disney.
Bersempena ketibaan Ramadan, mereka tidak ketinggalan menyediakan dua set juadah berbuka puasa setiap hari iaitu Set Asian dan Set Western yang menawarkan harga bermula dari RM50 setiap set.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Bo Ra disahkan telah bercerai dengan suaminya yang juga pengarah filem, Jo Ba Reun, kurang daripada setahun selepas mendirikan...