Penyanyi dan pelakon Alif Satar kini berada di kota Mekah menunaikan ibadah umrah bersama rakan bandnya, The Locos.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Alif, 32, sempat memuat naik momen manisnya di sana saat bertemu dengan pendakwah popular dunia, Mufti Menk.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu tidak menyangka dia dikurniakan rezeki untuk bertentang mata dengan pendakwah tersebut dalam lautan manusia yang sama-sama beribadah di sana.
“Saya sedang menonton IG Live Mufti Menk dan terus berlari ke masjid untuk mencarinya. Saya tahu ia pastinya sukar untuk bertemunya dalam lautan manusia yang ramai.
“Siap tanya cleaner ada jumpa Mufti Menk tak tapi dia (cleaner) cakap dia tak perasan (kehadiran Mufti Menk).
“Dalam hati saya cakap, InsyaAllah kalau ada rezeki untuk saya bertemu dengan Mufti Menk, Allah akan permudahkan.
“Lepas itu, betul-betul Mufti Menk muncul dan solat di sebelah saya, Allahuakbar.
“Ia merupakan satu penghargaan dapat jumpa anda secara depan-depan Mufti Menk.
“Terima kasih untuk segala video ceramah dan motivasi anda, yang mana sangat-sangat membantu dalam saya melalui masa-masa yang sukar… semoga Allah permudahkan segala urusan, Mufti Menk, amin,” tulis Alif di ruangan kapsyen.
Entri yang dimuat naik oleh Alif itu kemudiannya dibalas Mufti Menk, “Semoga Allah sentiasa merahmati anda dan orang yang anda saya. Amin.”
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.