Aliff Aziz Didakwa Atas Tuduhan Mencuri, Dibebas Dengan Ikat Jamin RM15,000

Share

Memetik laporan Berita Harian Singapura, penyanyi Aliff Aziz didakwa di mahkamah Singpura pada Selasa atas tuduhan mencuri.

Portal tersebut melaporkan, berdasarkan kepada kertas pertuduhan, bekas suami Bella Astillah ini didakwa mencuri sebanyak RM909 dan RM296 daripada pelakon Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri.

Penyanyi tinggi lampai ini didakwa melakukan perkara tersebut di sebuah bilik di Studio M Hotel, 3 Nanson Road, Singapura antara pukul 12 tengah malam dengan 3 pagi pada 7 Jun lalu.

Dia turut menghadapi satu lagi pertuduhan, mencuri kotak rokok dan pemetik api bernilai RM47.29 di Plaza Singapura pada 6 Ogos sekitar pukul 4.45 pagi.

Lelaki ini bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jami RM15,000. Perbicaraan akan bersambung 1 Oktober.

Aliff sebelum ini pernah dihimpit pelbagai kontroversi antaranya perceraiaan dengan Bella Astillah, hubungan cinta dengan beberapa pelakon wanita dan kes kecurian telefon bimbit.

Foto : Berita Harian Singapura

Published by
Noraini Abd Wahab