Uncategorized

Aliff Aziz Mengaku Salah Keluar Dengan Perempuan Lain?

Share

Setelah diam selama beberapa hari, akhirnya Aliff Aziz bersama pasangannya Bella Astillah tampil ke hadapan memberi penerangan terhadap isu skandal yang terjadi Jumaat lepas.

Melalui sidang media yang telah diadakan petang tadi di Bukit Jelutong, Aliff mengaku kesalahannya keluar bersama seorang perempuan tanpa pengetahuan isterinya dan ingin memperbetulkan keadaan.

Aliff akui dia berada dalam keadaan waras dan sedar sepanjang berlakunya kejadian itu.

“Ya ketika itu saya berfikiran waras. Tetapi persepsi yang mengatakan saya memukul isteri itu agak teruk. Saya akui memang ada pergelutan yang terjadi tetapi saya tidak sengaja untuk menyakitinya,” kata Aliff sewaktu di sidang media.

Mengulas tentang isu penangkapan, Aliff meminta cerita penangkapannya itu ditutup dan bersedia untuk mula buka buku yang baru.

Malah Aliff juga memaklumkan apa yang terjadi termasuk penahanannya di dalam lokap membuka matanya dan menganggap itu satu mesej daripada Tuhan untuknya.

“Setelah apa yang telah saya lakukan dalam hidup, penahanan saya adalah satu mesej daripada Tuhan dan saya rasa itu adalah salah satu jalan Dia memberi saya satu kesedaran ,” jelasnya lagi.

Aliff juga tidak lupa memohon maaf secara terbuka atas apa yang telah terjadi. Malah, Aliff mengaku semua yang terjadi itu atas kesalahannya sendiri.

“Saya memahami walaupun beribu kali saya memohon maaf, tetapi ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk perbaiki apa yang telah saya lakukan terutamanya kepada isteri saya, keluarga belah isteri, adik ipar, mak mertua dan juga pada semua rakyat Malaysia yang marah pada saya.

 

“Saya tahu perkara ini bukan mudah untuk diterima tetapi saya manusia yang melakukan kesilapan, saya tidak menegakkan benang yang basah. Benda salah yang kita dah buat, kenalah tanggung” Jelasnya.

Selain itu, Aliff juga mengaku segala kenyataan yang dikeluarkan isterinya berkenaan bukan kantoi sekali dua tetapi sudah beberapa kali itu adalah benar.

Dalam masa yang sama, Bella juga turut bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh suaminya tentang isu “pukul”.

Malah menambah, agak terkilan apabila membaca artikel-artikel di akhbar mahupun portal hiburan kononnya Aliff telah memukulnya.

“Saya akui agak terkilan dan kecewa apabila membaca akhbar bahawa Aliff Aziz membelasah isterinya. Perkara itu tidak benar sama sekali.

 

“Saya memang bergelut dengan Aliff dan mungkin keadaaan yang ada di muka-muka saya ini jadi ketika tidak sedar. Mungkin juga kerana keadaan fizikal saya kecil dan dia tinggi.

 

“Saya tidak tahu apa yang terjadi sehinggalah keluar dari bilik karaoke tersebut dan ditegur oleh beberapa pekerja yang memberitahu saya telah mengalami luka.

 

“Jadi, tiada istilah saya dibelasah dan sebagainya seperti yang telah diviralkan,” jelasnya dengan tenang.

Malah, isteri kepada penyanyi dan pelakon ini akui ‘serangan’ yang telah terjadi adalah kerana ikutkan perasaan ketika itu.

Tetapi niatnya bukanlah untuk bergaduh, sebaliknya cuba berbincang dan bersemuka dengan suaminya.

Published by
Lany Azman