Tiada penyingkiran untuk konsert minggu kedua program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung malam tadi, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Bertemakan Masih Aku Terasa, Aliff sekali lagi mengumpul markah tertinggi dengan 81 peratus sementara Adibah Noor menduduki tempat kedua dengan 72.80 menerusi lagu asal nyanyian Rahim Maarof, Istana Menanti.
Nikki Palikat di tempat ketiga dengan 71.70 peratus diikuti Suki Low dengan 69.70 peratus.
Ads
Ini carta kedudukan semua peserta bertanding;
Ads
Kesemua bintang GV8 diadili juri professional Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Ramli MS dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.
Konsert GV8 diacarakan pasangan pengacara popular, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Ads
Juara akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi.
Program tersebut membariskan 13 penyanyi yang menyaksikan persaingan tiga penjuru yang disertai artis-artis dari negara ini termasuk Indonesia dan Singapura.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ditemui sewaktu sidang media tergempar membabit dakwaan menipu stokis, Fattah Amin turut mengulas kehidupan rumah tangga yang disifatkan paling bahagia dalam hidup.
Ulasnya, di sebalik kejayaannya kini, Fazura adalah wanita yang banyak mendorong kehidupannya kini.
Meletakkan skala kebahagiaan, pelakon Hero Seorang Cinderella itu memberikan markah maksimum yang menggambarkan rumah tangganya.
“Kalau bagi skala bahagia 1 to 10 tu, 10 la. Kalau 1 to 100 tu, 200%.
“Ini mungkin doa daripada peminat, keluarga. Alhamdulillah Allah makbulkan. Saya bahagia dengan isteri saya.
“Fazura banyak membantu saya. Kan orang cakap, di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita. Wanita itu adalah Fazura.”
Tidak mengelak apabila diaju soal zuriat, ulasnya lagi, dia sedar akan keprihatinan peminat namun semuanya atas kuasa Allah.
“Saya tak salahkan orang untuk tanya soalan itu. Bila kita tak kahwin, orang tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin, orang tanya bila nak ada anak.
“Kami sama-sama berusaha tapi rezeki tu datang daripada Allah Taala. Doakan supaya Fattah dan Fazura dapat baby tak lama lagi,” katanya yang bakal melancarkan lagu duet bersama isteri berjudul Paling Sempurna.
Hanya tertawa saat diajukan persoalan mengenai kewujudan buku kedua, jelasnya, penulisan buku bukan keutamaan dan tiada dalam perancangan setakat ini.
“Kata-kata cinta bersama Fazura. So far tak ada lagi perancangan keluarkan buku, just fokus kepada lakonan dan nyanyian,” tuturnya menamatkan perbualan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas memuat naik foto dengan gaya rambut terikini di Instagram Stories, pelakon dan usahawan, Mawar Rashid sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi sebuah video terbaharu di ‘feed’ Instagram miliknya.
Video pendek berdurasi 22 saat itu memperlihatkan Mawar dengan stail rambut pendek sambil mempromosikan produk kecantikan terbaharu keluaran syarikatnya.
Sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih 500,000 tontan dan dihujani hampir 1000 komen netizen.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa selain turut mengkritik penampilan terbaharu Mawar itu.
“Sedihnya. Dah elok berhijab boleh buka. Apa perasan ya? Dah terbiasa pakai, then buka. Saya tak boleh bayang la. Orang-orang di Palestin tu siap pakai pakaian menutup surat sentiasa even semasa tidur takut mati nanti tidak menutup aurat. Ni kita rasa happy pula buka surat dan promote produk. Allahuakbar. Tak tahu nak kata apa. Semoga Allah memberi hidayah kepada mu Mawar.
“Komen ikhlas dari hati. Pakai tudung lagi cantik.
“Sedinya tengok Mawar. Semoga diberikan hidayah dan dipermudahkan segala urusan.
“Hampir tak kenal. Nampak lain sangat,” antara komen-komen netizen.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang menitipkan kata semangat dan mendoakan semoga Mawar kembali istiqomah.
“Hati bila dibolak-balikkan, hanya yang tinggi iman dan taqwa sahaja mampu pertahankan ajaran Islam.
“Dear Mawar, sayang suami dan Allah. Tutup aurat elok-elok. Rambut Mawar cantik. Ya tahu tapi biarlah untuk suami sahaja.
“Semoga Mawar terbuka hati nak bertudung semula. Biasalah iman naik turun. Teruskan mencari hidayah dan jangan berhenti berdoa dan solat okay. I love you Mawar.
“Iman dia sedang naik dan turun. Jangan kecam. Doakan moga Allah beri hidayah yang sebenar untuk dia. Dalam pada masa sama, Allah sedang uji kita. Sama-sama kita doakan untuk Mawar. Mungkin ada doa daripada kita yang dimakbulkan,” kongsi para netizen di ruangan komen.
Pada 10 Oktober lalu, Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid telah mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik gambar tidak lagi mengenakan hijab.
Menerusi hantaran tersenut, Mawar turut membuat permohonan maaf kepada khalayak kerana gagal istiqamah.
Situasi itu membuatkan netizen bimbang dengan keadaan kesihatan mentalnya yang pernah memaklumkan bertemu psikiatrik selepas kerap berdepan serangan panik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan pelawak, Shuib berkongsi peluang ketika menunaikan solat jenazah isterinya, Allahyarham Siti Sarah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), Cheras, pagi tadi sebelum dikebumikan kira-kira jam 1.20 petang.
Penyelaras Pengurusan Jenazah HCTM, Ustaz Mohd Sanusi Mustafa bagaimanapun memberitahu, Shuib bersama beberapa ahli keluarga terdekat perlu mengenakan peralatan perlindungan diri (PPE) ketika sesi solat jenazah.
“Pada peringkat pertama, saya bersama dua lagi wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) akan menyempurnakan kaedah tayamum dan menunaikan solat jenazah.
“Kemudian barulah Shuib bersama beberapa ahli keluarga terdekat diberi peluang untuk menunaikan solat jenazah sekali lagi untuk arwah tetapi saya akan bekalkan PPE kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad menzahirkan rasa terharu dan bersyukur apabila jenazah isteri tersayang diberi peluang untuk dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah ibunya.
Terdahulu, Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada jam 5.13 pagi Isnin.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Tony Eusoff berkongsi pengalaman dirinya pernah ditegur seorang individu yang menyangka dia tidak berpuasa hanya kerana dilihat makan di siang hari.