Selepas empat bulan, isu tangkap khalwat penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies akhirnya bernoktah apabila kedua-duanya didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur dakwaan berkhalwat di sebuah kondominium.

Bagaimanapun Aliff atau nama dan Ruhainies mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondomonium di Bukit Bintang di sini pukul 12.35 pagi pada 9 Mac lalu.

Menurut peguam syarie yang mewakili Aliff dan Ruhainies, Abdul Hadi Mohamad Salleh, prosiding akan dibicarakan pada 17 Oktober hadapan.

“Tadi telah berlangsungnya sebutan di hadapan hakim untuk dibacakan pertuduhan buat kali kedua.

“Sebelum ini kita ada bacakan pertuduhan di mahkamah rendah tapi mahkamah tak boleh merekodkan pengakuan.

“Jadi, pada hari ini, dibidang kuasa mahkamah tinggi, mahkamah telah membacakan pertuduhan di hadapan Ruhainies dan Aliff Azizi, mereka mengaku tidak bersalah.

IKLAN

“Jadi, kes ini akan dibicarakan. Jaminan RM1,500 seorang sebelum ini dilanjutkan. Prosiding bersambung 17 Oktober hadapan,” katanya kepada MH.

Sementara itu, Ruhainies akui lega kerana prosiding hari ini berjalan lancar.

“Saya tak boleh nak berkongsi lanjut kerana menghormati pihak mahkamah. Alhamdulillah prosiding hari ini berjalan lancar.

“Antara sebab saya senyap selama ini kerana tidak mahu menggunakan platform media sosial sebagai medium untuk meluahkan apa-apa.

“Saya nak gunakan saluran yang betul iaitu mahkamah,” katanya.

IKLAN

Pada masa sama, Aliff memaklumkan dirinya akan terus memberikan kerjasama sehingga prosiding ini selesai.

“Alhamdulillah, perkara yang harus berlangsung hari ini berjalan lancar. Saya lega dan kita akan beri komitmen untuk peringkat seterusnya,” katanya.

Justeru pertuduhan terhadap mereka didakwa masing-masing dikemukakan mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dilaporkan dilihat hadir selama tiga jam ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

IKLAN

Pada 9 Mac lalu, media melaporkan Aliff ditangkap khalwat bersama Ruhainies di kondominium mewah di ibu negara.

Aliff dan bekas isterinya yang juga pelakon dan penyanyi Bella Astillah telah bercerai pada 13 Jun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pelakon Ruhainies jelaskan dia hanya mahu berikan fokus kepada prosiding mahkamah yang berlangsung hari ini.

Menurutnya, persoalan isu cerai membabitkan Aliff dan Bella Astillah agak berat untuk dijawab risau andai disalah ertikan.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI