Nama Bella Astilah menjadi perhatian sekali lagi gara-gara kontroversi yang melanda Aliff Aziz hari ini.

Mengimbau kembali detik manis pernikahan dengan penyanyi dari Singapura ini, jelas Bella dia terpaksa melupakan hasrat menyambung pengajian di London gara-gara mahu membina masjid bersama lelaki berkenaan.

Tidak sesekali menyesali keputusan yang dibuat, katanya apa yang berlaku telah ditentukan oleh Allah.

Saya dapat tawaran menyambung pengajian ijazah di London tapi disebabkan fikir mahu berkahwin, jadi saya tolak tawaran. Masa itu Aliff memujuk untuk cepat-cepat berkahwin, jadi okaylah.

“Saya tak mengungkit, kadang apa yang terjadi ada hikmah dan sudah diaturkan. Tiada penyesalan,” katanya kepada MH.

IKLAN

Cerita panas yang terjadi menyebabkan dirinya turut terkena tempias sehingga diajukan soalan kurang enak.

Memang ramai yang bertanya, Bella sudah bercerai ke? Amboi soalan. Ia bukan benda yang mudah kerana ia akan beri kesan kepada semua orang. Kami perlukan masa dan ruang untuk fikirkan. Lain orang lain cara.

“Mungkin pada orang, saya tak matang. Tapi saya kena bersuara kerana nak beri semangat kepada yang senasib dengan saya. Kadang kala saya faham, ada yang sudah ada lima orang anak dan tak boleh buat apa-apa.

IKLAN

“Satu masalah saya, saya terlalu percaya orang. Saya suka fikir yang positif, saya takut bila fikir negatif, ia akan terjadi. Tak boleh jangka.

“Orang selalu cakap saya salahkan perempuan lain. Kenapa tak marah suami sendiri. Tapi saya tak boleh jawab. Mereka tak tahu sudah berapa kali saya bergaduh dengan Aliff. Takkan saya nak buat Insta Stories,” jelasnya.

Menjelaskan masih lagi berstatus isteri, namun keputusan untuk tinggal berasingan dibuat agar kedua-dua pihak dapat muhasabah diri dan mencari jalan terbaik untuk meneruskan hubungan demi anak.

IKLAN

“Apa pun yang saya rancang, itu semua kuasa Allah. Kami ambil masa untuk fikir apa yang terbaik.

“Apa pun yang terjadi, sama ada masih bersama atau berpisah, saya tidak mahu bermusuh dengan dia. Dia masih ayah kepada anak kami.

“Kalau dia nak berubah, dia kena bantu diri sendiri. Saya tak boleh bantu.

“Apa yang boleh saya katakan, untuk mencari keluarga mertua yang baik memang sangat susah. Dan keluarga Aliff sangat baik dengan saya. Itu menjadi kekuatan untuk saya,” tambahnya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI