Penyanyi Baby Shima mendedahkan dia tidak rasa tergugat atau berkecil hati dengan sindiran usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang mendakwa lagu Sahur nyanyian Baby Shima bersama Mimi Peri sebagai ‘sampah’, baru-baru ini.
Menurut Baby Shima, dia tidak mahu ulas lanjut memandangkan lagu itu mendapat perhatian ramai.
“Sahur bukan lagu sampah ya. Boleh dengar sampai habis dan pasti nak dengan berulang-ulang. Kalau tak, tak adalah lagu Sahur trending dan mendapat sambutan ramai.
“Ada yang kata, Datuk Aliff cakap macam itu (lagu sampah) sebab dia tidak ada lagu baharu. Entahlah, saya tak mahulah komen lebih-lebih dalam bulan Ramadan ini.
“Tak apa. Tak kisahlah dia nak cakap apa kerana yang penting Sahur bukan lagu sampah. Saya siap berduet dengan Bintang terkenal Indonesia, Mimi Peri lagi. Dia ada lagu ke?
“Alhamdulillah, lagu kami trending dan mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.
Ads
Shima juga meluahkan rasa bertuah apabila dapat bekerjasama dengan Mimi Peri yang disifatkannya seorang yang merendah diri.
“Alhamdulillah, bekerja dengan Mimi Perisangat menyeronokkan dan tiada masalah langsung sepanjang kami menjalani penggambaran.
“Kalau kita tengok di hadapan kamera atau dalam media sosial, dia sangat kelakar, tapi sebenarnya di belakang kamera, Mimi Peri adalah seorang yang sangat pemalu.
“Dia juga seorang yang pendiam dan suka buat hal sendiri. Namun dia seorang yang ramah dan mudah diajak berbual.
Ads
“Sebenarnya karakter dia sedikit sebanyak macam saya juga pemalu di belakang kamera. Namun, disebabkan tuntutan kerja kenalah buang rasa segan tu apabila berada di pentas atau semasa persembahan.
“Apa yang seronok, sebaiknsahaka kamera on, dia terus berubah jadi watak yang orang suka tengok. Seperti mana yang kita tengok selalu.
“Dia seorang yang lucu. Buka saja mulut, orang ketawa tengok dia,” jelasnya yang tidak menolak andai diberi peluang bekerjasama lagi pada masa akan datang.
Ads
Shima juga berharap, lagu Sahur terus diterima ramai pendengar.
“Lagu Sahur ini mengajak orang ramai untuk bangun sahur. Kita tahu,kadang-kadang ada yang nak berpuasa, tapi dia tak bangun sahur.
“Selain galakkan umat Islam untuk bersahur, ada pesanan-pesanan yang saya dan Mimi Peri sampaikan.
“Ramadan hanya sekali setahun. Manfaatkanlah peluang ini untuk bersahur dan mengerjakan amalan mulia yang lain. Sama-sama kita fokus bulan Ramadan ya!” tambahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Fizi Ali Hari ini ada memuat naik satu posting terkini menerusi Instagram, menyatakan kesediaanya dalam menantikan detik kelahiran anak sulung.
Mengakui perasaannya kini bercampur-baur, Fizi bagaimanapun mengharapkan proses bersalin isterinya, pelakon Shakila Khoriri berjalan dengan lancar.
“I’m ready!!!hari yang ditunggu akhirnya tiba jugak..tak tau apa perasaan sekarang ni..sedih,happy,takut semua ada..harap semua berjalan dengan lancar…semoga sis @shakillakhoriri kuat..love you,” tulisnya ringkas.
Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo menafikan dakwaan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan individu bergelar ahli politik seperti mana yang tular menerusi sebuah video di media sosial baru-baru ini.
Menurut Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana ahli politik dan wanita di dalam video viral tersebut bukanlah dirinya.
“Saya tak kenal siapa itu. Ada ke berita dan gosip seperti itu? Saya tak pernah menonton video tersebar yang dimaksudkan itu. Ada yang kata itu saya?
“Minta maaf sangat, saya terpaksa maklumkan kepada semua bahawa itu bukan saya. Saya tiada hubungan dengan mana-mana ahli politik Malaysia.
“Saya hanya fokus urusan kerjaya saya bersama Dolla,” katanya kepada MH.
Sabronzo berkata sedemikian ketika ditemui di Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.
Jelas penyanyi berusia 29 tahun itu lagi, selain memberikan fokus terhadap kumpulan Dolla, dia juga tidak akan berahsia dengan peminat sekiranya dia mempunyai hubungan istimewa.
“Ketika ini, kerjaya adalah keutamaan saya.
“Namun, andai kata saya punyai hubungan serius pada masa hadapan sekali pun dan orang bertanya, saya tidak akan nafikan jika hubungan itu benar,” ujarnya lagi.
Ditanya bagaimana khabar angin seperti ini boleh tersebar, penyanyi lagu Damelo ini percaya platform internet mampu mewujudkan apa sahaja jenis persepsi.
“Saya pun tak tahu macam mana gossip seperti ini boleh timbul.
“Mungkin ada yang kata stail saya nampak sama seperti wanita di dalam video itu tapi saya tidak akan berpakaian dengan gaya sebegitu.
“Pada saya, orang-orang di internet ini sangat kreatif. Seperti yang saya katakan tadi, itulah kenyataannya,” akhirinya.
Sebelum ini tular sebuah video yang memperlihatkan seorang wanita yang dikatkan mirip Sabronzo memasuki sebuah bangunan sejurus selepas seorang lelaki yang dipercayai ahli politik tiba di lokasi sama.
Ahli politik berkenaan juga dikatakan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang penyanyi popular namun ikatan itu berakhir dengan perpisahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Nora berkongsi berita gembira itu kepada BH Online, sebentar tadi.
Menerusi mesej itu, Nora meluahkan rasa syukur kerana kemelut yang melanda rumah tangga sudah berakhir.
Bagaimanapun, Nora tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai proses rujuk termasuk tarikh.
“Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan.
“Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh edah,” katanya yang kini berada di Kemboja.
Sementara itu, Nora turut meminta semua pihak mendoakan yang baik-baik dan menjadikan iktibar atas apa yang berlaku.
“Semoga perkara yang sama tidak berulang,” ungkap penyanyi Renungan Terakhir ini.
Sebelum ini, ketika majlis sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di BsyncLive Hall, baru-baru ini, pemilik nama lengkap Wan Norafizah Wan Ariffin itu menyerahkan kepada takdir mengenai kemungkinan rujuk semula dengan bekas suami.
Pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video bekas suaminya menceraikannya dengan talak satu dalam video berdurasi 52 saat dalam IG.
Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.
Selepas video tular, Nora menerima kecaman ramai dan mempertahankan bekas suami serta memaklumkan perkara itu bukanlah atas kehendaknya.
Pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik Allahyarham Johan.
Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!