Kasihan MH lihat pemilik Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, lepas satu-satu isu yang melanda.

Baru-baru ini, beliau berkongsi bagaimana ada pihak cuba menuduh produk yang diusahakannya itu memakai pelaris.

Mungkin kesal dengan tuduhan tersebut, Aliff segera memuat naik perbualan tersebut di laman Instagram miliknya serta menerangkan perkara sebenarnya.

“Bertaubatlah Ustaz, ada beberapa orang ‘Whatsapp’ benda yang sama. Kenapa sampai macam ini? Ustaz yang bijak nasihat saya jangan jadi syirik ye.

“Sumpah dengan nama Allah S.W.T saya tak pakai pelaris apa-apa, saya berniaga secara betul dan dan halal semua ada KKM dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia,” tulisnya.

Tiba-tiba kena tuduh macam itu, siapa tak bengang kan? tuduhan tersebut pun boleh menutup periuk nasinya juga.

Ads

Melihat ruangan komen pun, ada netizen yang melahirkan rasa simpati buat Aliff namun MH tertarik dengan cubaan netizen menghiburkan hatinya dengan memberikan komen lucu.

Aliff Syukri Dituduh Pakai Pelaris? Boleh Percaya Ke?

Ads

Aliff Syukri Dituduh Pakai Pelaris? Boleh Percaya Ke?

Aliff Syukri Dituduh Pakai Pelaris? Boleh Percaya Ke?

Ads

Aliff Syukri Dituduh Pakai Pelaris? Boleh Percaya Ke?

MH harap dengan penerangan ini, netizen tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita tular yang tidak pasti akan kesahihannya itu.

 

Sumber: IG Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI