Perkongsian video terbaharu daripada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, di Instagram pada Isnin menjadi perhatian netizen apabila dia mengenang perjalanan hidupnya bersama isteri, Datin Seri Shahida.

Dalam kapsyen menyentuh hati, Aliff meluahkan rasa syukur terhadap segala yang telah dilalui sepanjang hidupnya.

“Ini kisah saya. Tidak sangka dah tua dah saya, dah boleh panggil pak cik dan mak cik. Jauhnya perjalanan hidup saya dah. Dari budak yang dilahirkan di Felda Kecau, Pahang, sampailah sekarang.

“Terima kasih kepada pengalaman yang lepas, yang menjadi menjadikan saya lebih matang,” tulisnya menerusi ruang kapsyen hantaran berkenaan.

Malah penyanyi lagu Ingin Bahagia ini juga turut menitipkan dedikasi buat ahli keluarga tercinta yang telah pergi menghadap Ilahi.

Ads

“I love my family. Saya rindu sangat dengan arwah abah, arwah nenek dan arwah bapa mertua saya. Al Fatihah untuk mereka,” luahnya.

Aliff Syukri Kenang Detik Cinta & Perjuangan Hidup Bersama Shahida – “Nikah Pada Usia Saya 20 Tahun, Gaji RM1,800.”

Jumpa Jodoh Waktu Jadi Kerani

Menerusi paparan video, Aliff turut berkongsi kisah cinta bersama Shahida yang bermula sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya, perkenalan dengan isteri bermula ketika mereka sama-sama bekerja di syarikat kosmetik Sendayu Tinggi.

Ads

“Ini cerita kami, 20 tahun yang lepas. Kami berkenalan di pejabat ketika itu saya bekerja sebagai kerani di Sendayu Tinggi dan kami bernikah pada ketika itu umur saya 20 tahun. Pada masa itu gaji saya RM1800.

“Iklan sungguh bermakna tak sangka pula dia jadi isteri saya. Pengalaman saya berniaga dari bawah mengajar saya sampai ke hari ini.

“Zaman sekarang zaman TikTok, isteri saya banyak membantu susah senang sehingga ke tahap ini.

Ads

“Semua ini berkat doa ibu dan isteri saya, tak sangka pula dapat anugerah dari TikTok. Indah sungguh percaturan hidup ini semoga keluarga kami kekal bahagia sampai ke Jannah,” kongsinya.

Netizen Terharu & Terinspirasi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Aliff memuji kesungguhan serta ketulusan kisah yang dikongsikan.

Ramai juga yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan ini.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih lebih 65,000 tanda suka dengan ribuan komen daripada pengguna Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI