Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri merupakan antara figura berpengaruh yang secara terbuka menunjukkan sokongannya terhadap parti politik Barisan Nasional.
Terbaru, Aliff dilihat telah menghadiri program ceramah yang diadakan oleh calon Barisan Nasional P107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin.
Malah, bapa kepada lima orang cahaya mata ini juga ada memuat naik sebuah video bagi menunjukkan sokongannya terhadap parti tersebut.
View this post on Instagram
“Awak rasa kenapa saya sokong @khairykj dan dady kita @ismailsabri60 ? Next PRU saya jadi wakil rakyat dekat hati awak pula okey.
“Boleh nyanyi untuk korang hari-hari. Ini cara sy berbakti pada semua #barisannasional #kj #sungaibuloh,” tulisnya.
Video berdurasi hampir satu minit ini nyata mendapat reaksi pelbagai daripada orang ramai.
Malah, ada juga individu yang menyifatkan Aliff sebagai ‘lalang’ kerana sebelum ini dia pernah dilihat seakan-akan menyokong parti Pakatan Harapan.
Bagi menjelaskan kekeliruan, isteri kepada Aliff, Datin Seri Shahida telah memaklumkan mengenai perkara sebenar.
“Dia bukan lalang. Yang sokong Harapan itu saya bukan dia,” jawab Shahida.
Katanya lagi, walaupun berbeza fahaman politik, dia dan suami tidak pernah bergaduh berhubung isu ini.
“Tak mengapalah. Awak tenang-tenang sahaja. Saya laki bini pilihan lain-lain pun tak gaduh,” ujarnya lagi.
Malah, Shahida juga percaya semua pihak bebas memilih calon pemimpin mereka tanpa perlu bermusuhan.
Terdahulu, seluruh rakyat Malaysia bakal menunaikan tanggungjawab mereka selaku pengundi dia Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung pada 19 November ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI