Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia nyanyian susulan namanya yang sering terpalit kontroversi setiap kali tampil dengan lagu baharu.

Menurut Aliff hal berkenaan sedikit sebanyak memberikan tekanan, seterusnya merasakan mengundurkan diri adalah langkah paling wajar.

“Jujurnya saya give up. Saya nak berikan hiburan kepada anda. Orang lain buat macam-macam tak kena, tapi sebaliknya dengan saya. Saya pun tak tahu apa salah saya.

“Saya bertaubat (bersara dalam nyanyian) dalam keadaan terpaksa sebenarnya. Sebab orang selalu cari salah saya kan? Jadi tak apalah… bagilah (peluang) kepada pendatang baharu.

“Walaupun saya ada dapat tawaran lagi untuk buat lagi, tapi saya dah jadi fobia,” katanya ketika di temui pada Majlis Rumah Terbuka D’Herbs di Damansara Perdana, baru-baru ini.

Ads

Aliff bagaimanapun tidak menafikan nyanyian menjadi kecintaannya sejak dahulu.

“Minat saya memang pada dunia nyanyian, suka menyanyi. Namun ia telah disalahtafsirkan sebab saya lancarkan lagu untuk suka-suka.

“Namun saya terima ugutan, lagu kena ‘banned’ dan sebagainya. Jadi saya putus asa. Mengenai tawaran kolaborasi buat lagu pun saya tolak dengan cara baik.

Ads

“Pada pendapat saya, saya mungkin dibenci sebab jadi penyanyi. Namun bila saya tak lancar lagu, ada yang tanya bila nak buat. Yang bertanya ramai.

“Tapi bila buat lagu, seolah-olah macam serba-serbi tak kena. Kena ikut pula apa yang diinginkan peminat.  Sedangkan lagu-lagu yang saya nyanyi bukanlah keluar di kaca TV,” katanya lagi.

Ads

Sebelum ini apa April, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakam percakapan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya.

Rakaman percakapan itu dilakukan selepas wujudnya aduan yang diterima oleh SKMM berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan.

Malah, telefon bimbit dan kad sim miliknya turut disita dan dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI