Kes perceraian Aliff Aziz dan Bella Astillah menimbulkan pelbagai reaksi netizen dan golongan selebriti. Ada yang meraikan perpisahan yang berlaku, namun tidak kurang juga bersimpati atas dugaan yang menimpa pasangan ini.
Adzrin Adzhar menerusi rakaman video menyifatkan golongan netizen yang menyebarkan aib pelakon dari Singapura itu umpama menghancurkan harapan anaknya, Mohamad Ayden Adrean bin Muhammad Aliff.
Ulasnya, segala perkongsian di laman sosial akan dibaca kelak apabila Ayden membesar dan merosakkan memori seorang ayah.
“Hai Assalamualaikum
“Korang tau tak sebenarnya Aliff Aziz tu tak ada masalah tau. Yang ada masalah ni ialah kita. Kita yang share yang ada kat wall kita. Daripada orang tak tahu. Yang kita share ni,
Ads
“Walaupun follower kita ni tak ramai, dah beranak jadi 10 orang tau 15 orang tau. Kau tahu tak apa masalah dia? Masalah dia, esok, selagi benda tu ada kat wall korang semua
“Anak dia dah besar, dia jumpa benda tu, dia tau perangai bapa dia semua.
“Kau tak tak apa memori yang korang dah buat memberi kesan kepada anak dia?
Ads
“Kau pernah fikir tak? Cuba fikir anak orang sikit.”
“Aliff tu mungkin kaki perempuan, tapi mungkin jugak dia bapak yang baik. Susah sgt ke orang kita ni nak buat and cakap benda baik2? Korang pun ada anak kecik2 lagi.. aib orang kemain suka lagi,” tulisnya.
Sekeping foto bersendirian dengan kata-kata semangat buat dirinya, Datin Alyah berang apabila perkongsiannya di salah erti dan menerima reaksi negatif netizen.
“I was born in the thunderstorm. I grew up over night. I play alone i played on my own
Entah di mana silapnya, seorang netizen secara tiba-tiba mempersoalkan perihal anak dan menyatakan kerugian kerana suami penyanyi ini, Datuk Ramli MS sudah tua.
“Tanpa suami di sisi tak guna wahai Alyah. Sia-sia je tua tak boleh buat anak. Suami pula hampir rebah ke bumi,” komen netizen ini.
Berang dengan komen lancang ini, wanita berusia 38 tahun ini membalas di ruangan komen memohon agar individu terbabit menghayati isi Al Quran agar lebih bijak menjaga hati.
“Ohnyiormuda kesian kat awak. Kerja jaga rumah tangga orang je. Allah swt tu sebaik baik perancang.
“Cuba awak belajar baca Al Quran dan kisah nabi insyaAllah awak akan jadi manusia yang peka dengan hati dan perasaan orang lain.
“Tak takut ke awak tanpa kemaafan hati yang awak sakitkan tu..mungkin awak dah terbiasa nak cari viral dan popular dengan cara macam ni,” balas Alyah.
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Foto : Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama, Takdir Yang Tertulis telah pun melabuhkan tirainya pada semalam.
Pelbagai reaksi telah diberikan oleh warga maya terutamanya ketika tayangan episod akhir pada Selasa.
Antara yang turut tidak ketinggalan untuk memberikan reaksi termasuklah pelakon dan pengacara, Norman Hakim.
Jelas Norman, sekiranya kita sentiasa berpegang teguh kepada rukun iman, sudah tentu kita akan mudah merelakan setiap perkara yang terjadi di muka bumi ini.
“#TakdirYangTertulis musim ke-10. Percaya pada Qada dan Qadar dalam Rukun Iman yang Ke-6, in shaa Allah kita akan redha dengan takdir.
“Sayang dan hargai insan sekeliling dengan meletakkan mereka bukan dalam hati,tapi dalam doa. Sebab hati akan sentiasa berbolak balik, tapi doa akan sentiasa kekal di langit in shaa Allah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh pelakon drama, The Maid itu menerusi entri terkini yang dikongsikan di laman Instagram.
Dalam pada itu, Norman turut menitipkan ucapan penghargaan buat isteri, Memey Suhaiza dan juga keluarga bekas isteri, Abby Abadi yang sentiasa ada bersamanya bagi membina sebuah keluarga yang bahagia.
“Terima kasih sayang wifey @memeysuhaiza sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik dan terima diri ini seadanya.
“Terima kasih sayang bok mantan isteriku @abby_abadi112 sentiasa menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak dan terima kasih sayang Jai @jaiezzany menjadi suami terbaik buat ibu kepada anak-anakku,” katanya lagi.
Malah, Norman turut meluahkan rasa syukur kerana telah dikurniakan keluarga sebesar ini yang menjadi sumber kekuatan buat dirinya.
“Korang adalah sayap kekuatanku. Terima kasih sentiasa ada disisi. Terima kasih Ya Rabb hadirkan mereka ini dalam perjuanganku,” akhirinya.
Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan memutuskan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Norman kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan keduanya, Memey dan Norman dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.
Sumber: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Guru vokal dan pensyarah muzik terkenal, Datuk Syafinaz Selamat, sanggup melabur duit sendiri bagi menghasilkan lagu raya buat dua protegenya pada program Mentor musim ke-7 iaitu Lazarul, 28, dan Ranisha, 19.
Inesiatif tersebut dilakukan bintang senior ini bagi memastikan keduanya tidak terus terkapar-kapar seterusnya ‘hilang’ dari radar seni tempatan.
Sebagai permulaan, Syafinaz, Lazarul dan Ranisha memilih untuk muncul menerusi lagu raya berjudul RahmatNya ciptaan Ku Sham dan lirik oleh Zaira yang dilancarkan, baru-baru ini.
Menariknya, RahmatNya menjadi lagu raya pertama Datuk Syafinaz yang dirakamkan sejak bergelar penyanyi kira-kira 30 tahun lalu.
“Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir merakamkan lagu raya selama bergelar penyanyi, tetapi keinginan mula timbul sejak dua tiga tahun lepas.
“Saya masih ingat, hati tergerak merakamkan lagu raya selepas terjaga daripada tidur seminggu sebelum Ramadan. Saya terus menghubungi Lazarul dan Ranisha untuk memberitahu berita baik ini.
“Sebagai mentor, saya bertanggungjawab terhadap mereka. Saya membawa mereka ke dunia nyanyian menerusi pentas program Mentor 7, tidakkah kejam jika saya hanya membiarkan mereka,” kongsinya yang tidak menafikan perjalanan seni keduanya agak perlahan sejurus selesai program.
“Lazarul dan Ranisha adalah penyanyi yang bagus, tetapi tiada platform untuk untuk terus mengembangkan bakat. Saya pikul tanggungjawab ini.
“Saya percaya belum ada mentor yang mengeluarkan duit untuk merakamkan lagu buat anak didiknya, tetapi saya pula berfikiran sebaliknya. Ini adalah sumbangan saya untuk generasi baharu,” katanya.
Pada masa sama, pensyarah vokal Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan di UiTM Shah Alam dan Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu menambah, lagu RahmatNya adalah langkah awalnya juga untuk kembali aktif sebagai penyanyi semula.
“Lebih 10 tahun tidak merakamkan lagu baru. Sudah lama saya berjanji dengan peminat yang tidak putus-putus bertanya. Saya tidak pernah hilang dalam industri muzik, sentiasa ada, tetapi ramai yang melihat saya sebagai juri program dan guru vokal.
“Ada yang ingat saya tidak menyanyi lagi, sedangkan saya masih ligat menerima undangan persembahan korporat dan acara-acara tertentu.
“Jadi, saya pilih lagu raya sebagai langkah permulaan sebelum muncul dengan satu lagu terbaharu selepas Aidilfitri nanti,” jelas Syafinaz jujur.
Sementara itu, penyanyi asal Pontian, Johor itu memberitahu, dia memilih lagu ciptaan pasangan suami isteri, Ku Sham dan Zaira yang juga teman lamanya sebagai taruhan sempena Syawal.
“Ku Sham dan Zaira adalah junior saya ketika menuntut di UiTM. Ku Sham berkhidmat sebagai pemain gitar untuk Orkestra RTM. Mereka tahu apa yang saya ingini dalam muzik. Lagu RahmatNya bermaksud rahmat Allah.
“Saya percaya kita seringkali alpa apabila terlalu sibuk dengan tugasan dan duniawi. Kita lupa pada Allah SWT, pegangan agama dan keluarga. Menjelang bulan Ramadan, kita kembali sedar menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Rahmat pada bulan puasa inilah memberi keinsafan dan kesedaran buat kita.
“Dan akhirnya, kita menyambut Aidilfitri dengan kemenangan mengatasi kealpaan selama ini. Lagu bergenre latin yang diselitkan elemen R&B ini sangat menyentuh hati saya,” katanya panjang lebar.
Terdahulu, single RahmatNYa turut disambut baik dua bintang muda itu yang menyifatkan mentornya seorang yang bertanggungjawab dan tidak mempersia-siakan bakat mereka.
Foto: Instagram Datuk Syafinaz/YouTube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...