Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha kini banyak meluangkan masa bersama keluarga sejak bergelar ibu.
Baru-baru ini, Hanis ada berkongsi satu rakaman video momen anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah di Instagram.
Menarikya, Alisa kini dikihat kian petah berturur meski baru berusia setahun lebih.
“Mommy, see!”, @thealisaaisyah. Yang @theyusufiskandar taknak bagi la small toy parts kat adik dia ceh ceh. Mengadap dua ni la work from home,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji anak Hanis yang dilihat bijak, apatah lagi bila bertutur dalam bahasa Inggeris.
Sekadar informasi, Hanis telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hairul Azreen pada 8 Jum 2015.
Video : Instagram Hanis Zalikha