Pelakon dan hos, Hanis Zaikha ada berkongsi tips dan kaedah yang dirasakan paling ampuh bagi mengatasi masalah ruam di kalangan bayi baru lahir.

Terdahulu, permata hati kedua kesayangan Hanis dan suaminya, pelakon Hairul Azreen dilahirkan pada 24 Mei lalu.

Bayi perempuan comel yang diberi nama Alisa Aisyah ini pada awalnya ada mengalami ruam pada pipinya, tumbuh biji-biji halus kecil, kemerahan dan melecet pada pipi.

View this post on Instagram

Bila Alisa naik ruam pipi. Berbekalkan pengalaman Mommynis dengan Yusuf juga sebelum ni, Mommynis compile tips untuk anak seterusnya 😂 Boleh manfaatkan kalau serasi ya: 1. Setiap kali penyusuan, bersihkan muka dia dengan kapas muka dan air. Tapi jangan lap, cuma ‘dab dab’ sahaja. Jangan guna wet wipes yang ada bau wangi / napkin muslin / sapu tangan jenis towel kasar. Mommynis guna breastfeeding wipe, ia memang sekadar kapas dengan air je. 2. Kalau jenis mandi basuh muka baby dengan sabun, hentikan. Tak kisah sabun organik ke gentle to the skin ke. Naik ruam dekat mana-mana je berhenti guna sabun kejap. Sebab sabun boleh keringkan kulit dan merahkan lagi ruam tu. Memadai bilas dengan air je. 3. Kalau boleh, kurangkan direct feeding kejap sampai reda merah. Sebab geseran dengan kulit ibu tu pun buat dia tak sempat sembuh. 4. Jumpa doktor. Doktor bagi Alisa krim Ceradan. Sapu pagi dan petang lepas mandi. 5. Perhatikan diet ibu. Ada tak makan makanan yang trigger allergy. Stop kejap makan makanan tu okay ya faham sedap ayam masak merah. I’ve tried letak susu ibu dekat ruam / bancuhan tepung ubi / krim bepanthen. Krim Bepanthen okay turun merah, tapi biji-biji masih ada. #TipsMommynis

A post shared by Alisa Aisyah (@thealisaaisyah) on

“Bila Alisa naik ruam pipi. Berbekalkan pengalaman Mommynis dengan Yusuf juga sebelum ni, Mommynis compile tips untuk anak seterusnya. Boleh manfaatkan kalau serasi ya,” tulis Hanis lalu menyenaraikan lima langkah mengekangnya.

IKLAN

Lima langkah tersebut ialah;

1. Setiap kali penyusuan, bersihkan muka dia dengan kapas muka dan air. Tapi jangan lap, cuma ‘dab dab’ sahaja. Jangan guna wet wipes yang ada bau wangi / napkin muslin / sapu tangan jenis towel kasar. Mommynis guna breastfeeding wipe, ia memang sekadar kapas dengan air je.

2. Kalau jenis mandi basuh muka baby dengan sabun, hentikan. Tak kisah sabun organik ke gentle to the skin ke. Naik ruam dekat mana-mana je berhenti guna sabun kejap. Sebab sabun boleh keringkan kulit dan merahkan lagi ruam tu. Memadai bilas dengan air je.

IKLAN

3. Kalau boleh, kurangkan direct feeding kejap sampai reda merah. Sebab geseran dengan kulit ibu tu pun buat dia tak sempat sembuh.

4. Jumpa doktor. Doktor bagi Alisa krim Ceradan. Sapu pagi dan petang lepas mandi.

5. Perhatikan diet ibu. Ada tak makan makanan yang trigger allergy. Stop kejap makan makanan tu okay ya faham sedap ayam masak merah. I’ve tried letak susu ibu dekat ruam/bancuhan tepung ubi / krim bepanthen. Krim Bepanthen okay turun merah, tapi biji-biji masih ada.

IKLAN

Semoga apa yang disampaikan dari ibu kepada dua cahaya mata ini boleh membantu pasangan suami isteri yang baru melahirkan, insyaAllah.

View this post on Instagram

😂 2 bulan. Alhamdulillah sayang.

A post shared by Alisa Aisyah (@thealisaaisyah) on

View this post on Instagram

Selamat Hari Raya Adil Adha Hari ni Alisa 2 Bulan 18 Hari

A post shared by Alisa Aisyah (@thealisaaisyah) on

Foto: Instagram Alisa Aisyah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI